Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegaskan JDT kini muncul sebagai salah satu kelab terbaik di rantau Asia Tenggara.
Beliau berkata demikian selepas ada seorang pengguna di laman X yang melabel JDT mampu muncul juara Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut kerana beraksi dalam liga petani.
Baca Juga:
- Tunku Ismail Kongsi Struktur Baharu FAM
- “Bola Sepak Malaysia Tidak Gagal, Anda Yang Gagal” – Tunku Ismail
- ‘Ramai Individu Tidak Layak Berada Dalam Industri’ – Tunku Ismail
I love this farmers league. This small club from Johor is No.1 in Southeast Asia, No.5 in Asia, has top football infrastructure in Asia, has an AFC accredited club academy. Last but not least, recognised by FIFA, AFC and successful individuals in the world football industry.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 1, 2024
“Saya suka liga petani ini. Kelab kerdil dari Johor ketika ini nombor satu di Asia Tenggara dan nombor lima di peringkat Asia.
“Kelab ini mempunyai infrastruktur bola sepak yang terbaik di Asia. Mempunyai akademi yang diakui oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
“Akhir sekali, kelab ini mendapat pengiktirafan dari FIFA, AFC dan individu berjaya dalam bola sepak. Boleh tahan untuk sebuah kelab yang beraksi di liga petani,” kata Tunku Mahkota Ismail.
Sebelum ini, pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan tiada pasukan di dunia ini yang mampu beraksi konsisten dalam tempoh 10 musim.
“Dalam tempoh satu dekad, kami berada di sini. Beritahu saya pasukan mana yang berjaya tampil konsisten dalam tempoh masa 10 tahun? Perkara itu tak wujud.
“Tidak dalam NBA, tenis, golf ataupun sukan lain. Kami akan bangkit semula. Saya percaya dengan kemampuan yang kami ada,” katanya.
Akan tetapi, perkara itu jelas berlaku dalam saingan Liga Malaysia dimana JDT berjaya muncul sebagai pasukan terbaik dalam 10 musim kebelakangan ini.
Selain memenangi piala di liga domestik, kelab dari Selatan tanah air itu turut beraksi di saingan tertinggi Asia seperti AFC Champions League (ACL) Elite.