Peminat Harimau Malaya kecewa dengan tindakan Rapid KL yang mengesahkan bahawa operasi tren mereka adalah seperti biasa, pada hari perlawanan Malaysia vs Vietnam.

Rapid KL beroperasi seperti biasa

Pihak Rapid KL menjawab persoalan daripada orang ramai yang bertanya sama ada mereka akan melanjutkan waktu operasi seperti yang berlaku dalam beberapa acara di Bukit Jalil sebelum ini.

rapid kl

Ask Rapid KL berkata: “Waktu Operasi Di Stesen Bukit Jalil adalah seperti biasa pada 10 Jun 2025. Rujuk poster untuk info waktu penutupan stesen.”

Oleh itu FAM turut mengingatkan agar orang ramai terutamanya penyokong Harimau Malaya merancang jadual perjalanan mereka sebaiknya jika mereka menggunakan perkhidmatan tren Rapid KL.

FAM berkata: “Penyokong diminta supaya merancang sebaiknya perjalanan pulang selepas perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027, Malaysia lwn Vietnam, malam ini.

“Ini kerana, waktu operasi di Stesen Bukit Jalil adalah seperti biasa pada hari ini.”

Di ruangan komen peminat Harimau Malaya mempersoalkan tindakan Rapid KL tersebut. Ini kerana mereka sebelum ini sanggup melanjutkan perkhidmatan mereka ketika hari perlawanan Asean All Stars vs Manchester United, tetapi tidak untuk aksi Malaysia vs Vietnam.

Seorang peminat Harimau Malaya berharap FAM dapat berunding dengan Rapid KL untuk melanjutkan jadual tren mereka.

“Kelab luar lebih besar daripada negara,” sindir Aniq.

Yang lain masih merayu agar Rapid agar dapat untuk melanjutkan lagi jadual operasi mereka untuk hari ini.

Harimau Malaya akan berdepan dengan pasukan Vietnam pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 pada hari ini.

45,629 Tiket Aksi Malaysia vs Vietnam Terjual

Peminat jelas teruja mahu menyaksikan wajah baharu Harimau Malaya.

Malaysia lawan Vietnam
Kredit Foto: Malaysia NT

Kami dari Vocket berharap penyokong Harimau Malaya dapat merancang perjalanan sebaiknya.