Menjadi satu keperluan buat kita untuk memudahkan urusan seseorang lebih-lebih lagi di dalam waktu genting seperti memberi laluan kepada ambulan atau pun van jenazah.

Bagaimanapun, tular tentang hantaran seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan van jenazah yang dipandu laju ketika jalan sedang sibuk.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki ini dengan selamba meletakkan kapsyen yang mengatakan pemandu van jenazah tidak perlu kelam-kabut untuk destinasi kerana si arwah sudah tiada.

“Kalut nak pergi mana. Bawa elok-elok. Yang dah pergi tu sudah tiada lagi. Jadi, buat apa buat kalut,” kongsinya.

@omaryothman

Kalut nak pi mana. Bawa elok2. Yang dah pergi tu dah tiada apa yang kalut lagi.

♬ menjagamu – MusiX

Hantaran itu ternyata telah meraih perhatian netizen yang mana majoritinya  membidas kenyataan tersebut di samping menasihati dia bahawa urusan pengebumian perlu diuruskan dengan segera seperti mana yang dituntut dalam agama Islam.

Sumber Gambar: TikTok @omaryothman
Sumber Gambar: TikTok @omaryothman

Ada juga segelintir individu yang memberi respons dengan berseloroh menyatakan apabila dia sudah meninggal nanti, pemandu bolehlah pergi melakukan perkara lain dahulu kerana tidak perlu kelam kabut seperti yang diperkatakan.