Perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia lawan Nepal [25 Mac 2025, 10.00 Malam]
Para peminat setia skuad Harimau Malaya yang tidak berkesempatan untuk ke Iskandar Puteri pada malam ini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan pertama revolusi bola sepak negara di kaca televisyen.
Baca Juga:
- Kelayakan Piala Asia 2027: Harimau Malaya Bakal Beraksi Di SSI
- Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Diundi Bersama Vietnam, Nepal & Laos
- Harimau Malaya Dalam Balang 2 Undian Kelayakan Piala Asia 2027
Kelayakan Piala Asia 2027
Malaysia lawan NepalĀ
Sepak Mula: 10.00 Malam
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran Langsung: RTM (TV Okey & Sukan RTM), Astro Arena 801
Aksi pertama skuad negara yang dibimbing Peter Cklamovski pastinya menarik tumpuan untuk melihat sejauh mana pendekatan baharu diterapkan pengendali dari Sydney itu.
Sehubungan dengan itu, peminat mempunyai dua pilihan untuk menyaksikan perlawanan yang turut berkemungkinan akan dapat melihat kembalinya Faisal Halim menyarung jersi negara.
Anda boleh menonton perlawanan ini secara percuma di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV Okay dan Sukan RTM.

Bagi anda yang tidak berada di rumah, boleh juga menyaksikannya secara dalam talian menerusi penstriman langsung di RTM Klik dan memilih salah satu daripada dua saluran tersebut.
Selain itu, Astro Arena turut akan menyiarkan aksi tersebut di saluran 801 manakala untuk penstriman langsung boleh disaksikan di Astro On The Go.
Bagi yang tidak mempunyai sebaran akses perkhidmatan Astro, anda boleh melanggan di aplikasi Sooka.
Dalam misi untuk mara ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, Malaysia perlu berdepan cabaran Vietnam, Nepal dan Laos di pusingan kelayakan.
Cabaran berat menanti skuad Harimau Malaya apabila hanya juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir yang akan diadakan di Riyadh, Jeddah dan Khobar itu.