Nampaknya makanan Malaysia semakin mendapat perhatian dunia pada ketika ini dan terbaru, laksa pula diperkenalkan dalam Marvel Universe.

Seperti yang dilaporkan oleh laman kakuchopurei.com, laksa muncul dalam isu #10 New Mutants oleh Ed Brisson dan Falviano. Dalam komik ini, Magik (Illyana Rasputin melawan Glob (Robert Herman) di Krakoa, sebuah negara mutan baharu.

Magik bertemu Glob untuk bertanyakan info terkini tentang pasukan New Mutants. Kedatangan Magik disambut baik oleh Glob dan beliau menyediakan laksa yang sedap untuk Magik. Flaviano turut melukis Glob membuat penyediaan Laksa sambil bercakap dengan Magik.

Marvel-Comic-Laksa-2

Lebih menarik, resipi laksa ini turut dikongsikan oleh Flaviano dalam komik ini dan anda boleh melihatnya di sini. Ini bukanlah pertama kali laksa muncul dalam universe X-Men. Sebelum ini dalam siri #1 Hunt For Wolverine: Mystery In Madripoor, Magneto sendiri adalah antara peminat laksa.

Tidak cukup dengan laksa, lepat pisang juga turut diperkenalkan dalam dunia X-Men sebelum ini. Bedasarkan lokasi Madripoor yang terletak di Asia Tenggara, pelukis dan penulis Jim Zub dan Thony Silas sememangnya membuat research yang teliti dalam mengenalpasti menu tempatan berdasarkan geografi dengan tepat.

Ia sesuatu yang menarik apabila pelukis memasukkan elemen dunia sebenar dalam komik. Jadi apa pula makanan tempatan yang akan keluar di Marvel pula selepas ini? Kami jangka durian.

Pulau Madripoor ini akan diperkenalkan dalam siri Marvel di Disney+ tidak lama lagi. Baca lagi pada pautan di bawah.

Siri Marvel Baharu Akan Perkenalkan Pulau Fiksyen Yang Terletak Di Asia Tenggara

Kari Laksa Kuala Lumpur Tersenarai Dalam 5 Makanan Terbaik Dunia Oleh Lonely Planet

Berhenti Kerja Dan Fokus YouTube, Netizen Harap’ Sugu Pavithra’ Sudah Ada Perancangan

Sumber