Program vaksinasi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan telah berjaya menvaksinkan kira-kira 1,751,328 orang penduduk Malaysia sehingga hari ini. Penerima vaksin terdiri daripada pelbagai jenis kelompok termasuklah daripada golongan gelandangan.
Terbaharu, program vaksinasi gelandangan Fasa 1 telah diadakan dengan penglibatan seramai 119 gelandangan yang sedang menghuni pusat penempatan transit gelandangan di Kuala Lumpur.
Program vaksinasi gelandangan Fasa 1 telah diadakan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Taman Desa pada 27 Mei 2021 (Khamis).
Fasa 1 ini melibatkan seramai 119 gelandangan yang sedang menghuni di pusat penempatan transit gelandangan di Kuala Lumpur. pic.twitter.com/gX8PWkziQF
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) May 27, 2021
Alhamdulillah baru selesai melihat proses mobile team laksana programme VAKSIN utk gelandangan di ANJUNG KELANA..Ia juga satu pilot program utk perkemas SOP bagi MOBILE VACCINE TRUCK@MyMedic yg akan di mulakan di WP..Terima Kaseh KJ dan Dr Adham…kita terus berikhtiar pic.twitter.com/Y4R9LqRXF1
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) May 27, 2021
Menurut Tan Sri Annuar Musa, program vaksinasi untuk gelandangan tersebut dibuat menggunakan Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah dan penglibatan daripada beberapa klinik swasta sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada.
Walaupun ia satu inisiatif yang baik, namun ramai pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana golongan gelandangan boleh ‘mendahului’ menerima vaksin berbanding orang lain yang sudah lama mendaftar melalui aplikasi MySehtera atau laman web rasmi JKJAV.
https://twitter.com/kartiban/status/1397821412639854593?s=20
jumped queue over OKU?
— Pierce (@comeez) May 27, 2021
Macam mana ni? Gelandangan pun dah dapat, ibu saya yang 80 tahun pulak kena tunggu sampai hujung Julai?
— Syed Hakim (@sydtwit) May 27, 2021
Wah pakai baju brand mahal Fred Perry pun "Gelandangan" yg bernilai RM360 ??? 😲
Broker mana dapat % ??
Pastu semua Rakyat 🇲🇾 ke atau ada juga PATI & Kad Kebal UNCHR pun??? 😬
YB @AnnuarMusa minta penjelasan
CC@KhalidSamad @fahmi_fadzil@hannahyeoh @kw_seriwilayah@DBKL2u pic.twitter.com/1GhFxGiOBX
— MalaysianCitizen (@MalaysianCitiz3) May 27, 2021
Waiting list 1st batch any idea?what should we do
— 🖤mimi sahi 🖤 (@mimisahi) May 27, 2021
Gelandangan dapat dulu. Kiranya depa x perlu berebut online mcm semalam la kan https://t.co/JLe8f2zopa
— Dinieland (Kennie) (@dinieland_great) May 27, 2021
Adoii kelakar.. Kenapa kau x layan rakyat marhaen yg lain mcm kau layan gelandangan ni? Bukan nk jeles dgn gelandangan tp nape perlu rakyat berebut2 mcm zombi nk dpt vasksin? https://t.co/4ZJSMDeKrP
— Afiq Yusof (@AfiqqYusof) May 27, 2021
Disebalik persoalan-soalan yang ditimbulkan, masih ramai lagi yang memuji inisiatif yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam mempercepatkan dan memperluaskan program vaksinasi kepada orang ramai.
Bahkan pengguna media sosial juga mencadangkan agar penggunaan Trak Vaksin Bergerak ini dapat diluaskan ke tempat-tempat yang sukar diakses bagi memudahkan penduduk di lokaliti tersebut menerima vaksin.
Terbaik KKM. Tahniah @DrAdhamBaba dan @Khairykj Anda lah perwira kami rakyat Malaysia.. Terima kasih atas bantuan kesihatan dan vaksin https://t.co/w0s6CbnGEQ
— Hanis 😄 (@Riyadhuhanis) May 27, 2021
Finally ada mobile vaccine 👍👍 https://t.co/FtwEmetfXm
— Megat Danial ⚒️ (@megatdanial) May 27, 2021
Setuju! Tapi masih ramai lagi warga miskin kota / tanpa rumah / warga emas tinggal sendirian di tgh kotaraya yg perlu diberi perhatian #peduli https://t.co/jXfPRm5QMU
— 🏴 Dapur Jalanan Kuala Lumpur 🏴 (@DapurJalanan) May 28, 2021
https://twitter.com/raoufarif/status/1398093302109335553?s=20
Menurut Tan Sri Anuar Musa lagi, Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah akan mula berada di beberapa tempat tumpuan sekitar kawasan perumahan awam, projek perumahan rakyat (PPR), kampung tradisional, seawal Jun ini.
Tambah beliau, program vaksinasi COVID-19 di klinik swasta juga akan dimulakan dengan 29 daripada 60 permohonan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut satu laporan antarabangsa, Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara berpotensi ‘hancur’ akibat pandemik COVID-19.
Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa
Doktor Ini Kongsi Video ‘Keburukan’ Vaksin Dan Saran Tularkannya Di Media Sosial