Kini pengangkutan awam Mass Rapid Transit (MRT) sudah melaksanakan koc khas untuk penumpang wanita sahaja bagi tujuan keselesaan dan keselamatan.

Pun begitu, masih ada segelintir pengguna yang masih menggunakan koc berwarna merah jambu itu sama ada secara atau tidak sedar.

Baca Juga:

Baru-baru ini tular satu klip video di mana seorang rider penghantar makanan dipuji ramai apabila membantu mengasingkan beberapa penumpang lelaki warga negara asing yang berada di gerabak khas tersebut.

@jai.samud

foodpanda prihatin…#fyp

♬ original sound – Jai.Samud – Jai.Samud

Menerusi video yang dimuatnaik TikTok @jai.samud, rider penghantar makanan itu menghampiri setiap lelaki yang ada di dalam koc wanita dan meminta mereka keluar daripada gerabak tersebut.

Walaupun pada ketika itu tidak ramai penumpang khususnya penumpang wanita, netizen tetap menyokong tindakan rider itu kerana ia satu kesedaran bagi penumpang lelaki, lebih-lebih yang berwarganegara asing mengenai fungsi koc khas tersebut.

Dalam pada itu orang ramai turut berharap agar penumpang lelaki sentiasa peka sebelum menaiki MRT.

Sumber Gambar: TikTok @jai.samud
Sumber Gambar: TikTok @jai.samud
Sumber Gambar: TikTok @jai.samud

Koc khas untuk wanita terletak di gerabak tengah setiap tren MRT Laluan Kajang dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu.

Inisiatif tersebut bagi memberi kemudahan kepada para penumpang wanita dengan perjalanan yang lebih selesa dan selamat terutamanya semasa waktu puncak.