Pada Khamis lalu, Pemangku Gabenor Bali, SM Mahendra Jaya telah mengeluarkan pengisytiharan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau yang melanda pulau itu.

Menurutnya, arahan itu turut melibatkan seluruh wilayah di Bali, Denpasar, dan Bandung berkuat kuasa sehingga 1 November depan dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan sekiranya perlu.

Baca Juga:

“Pengisytiharan darurat di Bali telah dibincangkan dengan badan serantau dan diselaraskan dengan BNPB. Untuk melindungi masyarakat dan meningkatkan kesiapsiagaan serta meningkatkan akses, kami bersetuju untuk melaksanakan perintah ini selama 14 hari,” ujar Mahendra.

Tambahnya, langkah ini bertujuan untuk memberi ruang kepada sokongan pengurusan bencana, mempercepatkan usaha memadam kebakaran serta bantuan dapat disalurkan ke kawasan yang berdepan krisis air.

Bali menyaksikan kemarau yang berpanjangan dan memberi kesan kepada 113 kampung tradisional yang bergantung kepada ekonomi pelancongan.

Untuk rekod, pulau itu tidak menerima hujan selama 94 hari dan menyebabkan tujuh kebakaran hutan gambut di laporkan di beberapa kawasan.