Nampaknya inkues kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan pada pagi ini dimana Mahkamah Koroner mengesahkan punca kematian beliau adalah disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Menurut Koroner Rofiah Mohamad sewaktu membacakan keterangan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdon, Prof Dr Shahrom Abd Wahid mengatakan mangsa telah dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian boleh diterima serta ada asas selain disokong saksi ke-30 yang juga pakar Fizik dalam pengiraan formula daya.
Keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul yang membabitkan beberapa individu lelaki berbangsa India.
#shahalam Mahkamah Koroner diberitahu bahawa punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali. https://t.co/IJN5RxZ4Fn
— Harian Metro (@hmetromy) September 27, 2019
https://twitter.com/hmtengah/status/1177416549977620480
Keputusan yang diumumkan mahkamah koroner ini sedikit sebanyak turut memberi kelegaan buat ahli keluarga serta tunang Muhammad Adib yang dimaklumkan punca kematian bukanlah daripada dirinya sendiri.
Sebagai info, Muhammad Adib yang berusia 24 tahun ini merupakan anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia 21 hari selepas insiden tersebut di Institut Jantung Negara (IJN).
Julai lalu, seramai 18 penuntut UPNM diarah untuk bela diri dalam kes bunuh Zulfarhan. Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut.
Kakak Kongsi Kisah Kematian Adiknya, Amirul Nashriq Penuntut UPNM Yang Dikatakan Mati Lemas