Warga Indonesia masih sukar untuk menerima keputusan seri 2-2 yang dilakar oleh skuad kebangsaan itu ketika berdepan Bahrain dalam aksi kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.
Jaringan Mohamed Marhoon pada masa kecederaan memusnahkan impian skuad Garuda untuk mencatat kemenangan pertama dalam kempen kelayakan kali ini.
Baca Juga:
- Instagram Pengadil Kontroversi Hilang Selepas Indonesia Seri Lawan Bahrain
- Indonesia vs Bahrain: Hasrat Raih Kemenangan Pertama Garuda Tidak Kesampaian
- Jakarta Larang iPhone 16 Dijual Selagi Apple Tidak Melabur Di Indonesia
Pengadil perlawanan, Ahmed Al-Kaf menjadi sasaran kemarahan warga negara jiran selepas beliau melanjutkan permainan walaupun masa sebenar sudah tamat dan masa tambahan yang diberikan juga melebihi yang beliau tetapkan sebelumnya.
Tiga minit lebihan masa yang diberikan Al-Kaf membolehkan Bahrain menjaringkan gol penyamaan sekaligus kedua-dua pasukan meraih satu dalam dari perlawanan tersebut.
Warga Indonesia meluahkan kemarahan mereka di laman sosial media dimana mereka merasa kemenangan yang sepatutnya diraih dirompak oleh Al-Kaf dan juga Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Mimpi besar kita dijual oleh wasit malam ini😢
Dua poin itu berharga banget untuk menentukan langkah kita. Dua poin itu hasil kerja keras pemain YANG DIRAMPOK!
Kalo sampe dua poin yang hilang ini menentukan langkah Indonesia selanjutnya… 😡 💔
— Garis Tengah (@garistengah_id) October 10, 2024
THX @theafcdotcom , WE ARE BEING ROBBED BY YOUR REFEREE. #afcmafia
— Justinus Lhaksana (@CoachJustinL) October 10, 2024
Ada peminat yang berpendapat insiden ini berlaku kerana presiden AFC ketika ini berasal dari Bahrain iaitu Sheikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa.
Assalamualaikum pak Presiden AFC 🫡 pic.twitter.com/6jobBlJFqw
— GARAGARABOLA (@garagarabola_) October 11, 2024
Dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, pengurus pasukan Indonesia iaitu Sumardji turut dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil.
Perlawanan tersebut bermula dengan langkah kanan bagi pasukan tuan rumah dimana mereka membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma jarak jauh yang disempurnakan Marhoon. Ragnar Oratmangoen kemudiannya menjaringkan gol penyamaan sebelum rehat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, skuad Garuda menjaringkan gol pendahuluan menerusi Rafael Struick yang melepaskan rembatan dari dalam kawasan penalti pasukan lawan.
Ketika sedang mempersiapkan diri untuk membawa pulang tiga mata, Marhoon muncul wira Bahrain apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan memberikan pasukannya satu mata dalam perlawanan tersebut.
Indonesia akan turun berdepan China selepas ini manakala Bahrain akan menentang Arab Saudi.