Setelah hampir sebulan berpuasa, akhirnya Kempen Seratus Ikhlas, Setulus 100PLUS melabuhkan tirainya dengan majlis berbuka puasa yang dianjurkan baru-baru ini. Kempen ini berjaya menyebarkan keberkatan Ramadan dan keceriaan Hari Raya kepada lebih 3,000 insan daripada golongan yang memerlukan diserata Malaysia.
Kempen yang berlangsung selama hampir sebulan itu adalah anjuran Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN). Jom throwback sikit aktiviti yang dilakukan oleh Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS sepanjang Ramadan yang lalu.
Sebarkan kasih sayang dengan Setulus Ikhlas…
Dalam majlis berbuka puasa yang lalu Ketua Pegawai Eksekutif (F&NHB), Lim Yew Hoe berkata, Kempen Seratus Ikhlas, Setulus 100PLUS dianjurkan bagi berkongsi mesej positif tentang keikhlasan dan kejujuran untuk membantu golongan yang memerlukan.
Tambahan pula, bulan Ramadan ialah masa terbaik untuk kita bermuhasabah dan menguatkan iman di samping mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan talian kasih sesama insan.
Kempen selama sebulan ini menyaksikan duta 100PLUS dan selebriti daripada skuad Seratus Ikhlas 100PLUS mengunjungi kediaman ibu tunggal, gelandangan dan warga tua untuk menyampaikan secara peribadi hadiah sempena Ramadan ihsan daripada F&NHB. Selain itu, mereka turut menyertai aktiviti gotong-royong dan kemasyarakatan di sekolah tahfiz, masjid dan rumah orang-orang tua.
Skuad ini dibarisi artis terkenal seperti Mira Filzah, Hairul Azreen, Syafiq Kyle, Andi Bernadee, Amira Othman, Sarah Suhairi dan Sufian Suhaimi.
Sebar keceriaan kepada yang memerlukan..
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Kempen Seratus Ikhlas, Setulus 100PLUS :
1. Sumbangan dan ibadah dengan kerjasama Faithmen;
– Maahad Tahfiz Darul Ulum (Kuantan)
– Rumah Kak Ogy’s (Sekinchan)
– Pusat Transit Gelandangan (Kuala Lumpur)
– Sekolah Kita Cinta Syria Malaysia (Bangi)
– Pusat Jagaan Orang Tua Nur Ehsan (Tangkak)
2. Program Singgah Sahur
– Maahad Tahfiz
– Qiamulail di KLCC
– Mengunjungi bomba yang sedang bertugas dan Hospital Melaka
– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia/Kampung Bukit Cina
– Rumah keluarga anggota bomba yang lemas ketika bertugas
– Rumah kelurga Bersamamu
3. Check-in kampung
– Masjid Jamek Makmuriah, Sungai Besar
– Masjid At Taqwa, Tanjung Gading, Tangkak
Jom tengok video kompilasi aktiviti yang dilakukan Skuad Seratus Ikhlas..
Kempen Seratus Ikhlas didik masyarakat sebarkan perbuatan mulia.
Kempen Seratus Ikhlas didik masyarakat sebarkan perbuatan mulia.
Bukan itu je tahu! Sempena bulan mulia ni jugak, 100PLUS telah mengadakan peraduan khas dalam kempen yang menggalakkan orang ramai untuk ‘mengaktifkan’ pengalaman Ramadan masing-masing bersama 100PLUS dengan berkongsi kisah ‘keikhlasan’ dalam bentuk gambar atau video singkat menggunakan hashtag#SeratusIkhlas #AktifkanRamadanmu di platform media sosial mereka.
Gambar atau video yang dimuat naik ke media sosial kemudian dipaparkan di Galeri Seratus Ikhlas di laman web rasmi Kempen Seratus Ikhlas. 20 orang pemenang bertuah telah pun dipilih untuk bersama-sama menyertai majlis berbuka puasa dan penutupan Kempen Seratus Ikhlas bersama Skuad Seratus Ikhlas. Pemenang turut membawa pulang minuman 100PLUS bagi sambutan raya yang bakal menjelang.
Raya nak tiba! Jom Aktifkan Rayamu dengan 100PLUS Syawal.
Siapa kata bulan Ramadan je kita kena kekal bertenaga? Syawal pon sama, lagi-lagi anda yang nak balik ke kampung dan berkonvoi ke rumah sanak-saudara. Pastikan korang prepare 100PLUS sepanjang perjalanan untuk terus segar dan bertenaga.
Jom Aktifkan Rayamu dengan 100PLUS dan jangan lupa sebarkan juga kebaikan dengan ikhlas sepanjang bulan Syawal nanti. Ingat nak buat kebaikan tak perlu bemusim! Untuk tak terlepas sebarang info untuk kekal cergas jangan lupa untuk follow Facebook rasmi 100PLUS.
Sebarkan kebaikan dengan Setulus Ikhlas. Salam Aidilfitri!