Video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, Styfly Studio yang memaparkan satu ‘objek asing’ telah mengundang pelbagai andaian serta teori daripada netizen.

Video berdurasi 51 saat yang dimuat naik pada Jumaat lepas tersebut pada awalnya memaparkan pemandangan ibu kota Kuala Lumpur pada waktu malam. Satu ‘cahaya misteri’ kemudiannya muncul dan menarik perhatiannya. “Saya rakam ini malam semalam. Apa pendapat anda tentangnya?” soalnya kepada netizen.

@styflystudio

I capture this last night- what do you think it was? #kualalumpur #merdeka2023 #malaysia #styflymalaysia #fyp #ufo #styflystudio #cityvibes

♬ The X Files Theme – John Beal

Berdasarkan komen-komen yang ditulis netizen, ada yang berkata besar kemungkinan ia adalah meteor yang memasuki ruang udara Malaysia dan begitu juga ada yang mendakwa cahaya tersebut adalah ‘unidentified flying object‘ atau UFO.

“Bukan meteor, sebab nampak bebola cahaya itu membelok ke kiri selepas ia turun tegak dari atas,” komen salah seorang netizen.

Ada yang membuat andaian disebabkan video dirakam pada malam sambutan malam Hari kebangsaan, ada kemungkinan ia adalah bunga api yang lambat meletup selepas ia ditembak ke langit.

“Jika video ini dirakam selepas persembahan bunga api, ada kemungkinan ia serpihan daripada bunga api tersebut,” komen Ariff Sharif.

Tidak kurang juga ada yang mempertikaikan kesahihan video tersebut. Namun, ada pengguna media sosial lain yang mengakui turut melihat kejadian itu pada malam berkenaan.