Setakat awal November lalu, dilaporkan terdapat 7 juta pengguna memiliki peranti yang mempunyai akses kepada rangkaian 5G. Bagaimanapun, oleh kerana pengguna perlu membayar caj tambahan bagi mendapatkan perkhidmatan 5G, ia menyebabkan masih ramai mengekalkan penggunaan 4G.

Oleh sebab itu, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, petik satu laporan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Fahmi, beliau telah menjelaskan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa telco mesti memastikan tiada caj tambahan untuk menggunakan 5G.

“Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah keseluruhan kos infrastruktur, sehingga ke tahap menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) menggunakan dana awam.

“Sehubungan itu, tidak sepatutnya ada sebarang bayaran tambahan. Jika mereka terus mengenakan caj sedemikian, kami perlu mempertimbangkan untuk mengambil tindakan,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, dalam perbualannya dengan ketua pegawai eksekutif CelcomDigi Bhd baru-baru ini, syarikat itu telah mengumumkan semakan semula harga pakejnya.

Beliau dimaklumkan dalam pakej baharunya, ia telah menghapuskan caj bayaran tambahan untuk akses kepada perkhidmatan 5G.

Diharap pengumuman tersebut dapat meningkatkan lebih ramai pengguna 5G di Malaysia. Pada masa sama, diharap juga ketiadaan caj tambahan tidak akan mengganggu prestasi rangkaian 5G yang boleh merugikan pengguna.

Sumber