Sejak tahun lalu lagi Digital Nasional Berhad (DNB) dilihat sangat giat memperluaskan liputan servis 5G di seluruh Malaysia dalam mencapai sasaran yang ditetapkan. Setakat awal Januari lalu, liputan servis 5G sudah mencapai 50%.
Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pengguna 5G di negara ini baru mencecah 4.2% walaupun liputan telah mencecah 68.8%, petik Twitter rasminya.
Baca Juga:
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
“Insya-Allah di pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pula, kita akan pastikan liputan 5G mencecah 80% pada penghujung 2023 untuk kebaikan rakyat dan negara,” kongsinya lagi.
Satu lagi kerjasama antara syarikat Malaysia dengan Korea Selatan dimeterai. Kali ini dengan syarikat pakar teknologi "metaverse".
Pagi ini saya menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara CelcomDigi dengan VIRNECT. pic.twitter.com/J667Ia4fSe
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) September 8, 2023
Beliau berkata berkenaan semasa mengadakan lawatan kerja di Korea Selatan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara CelcomDigi dan VIRNECT, hari ini.
Fahmi menyatakan kerjasama ini dijalinkan untuk meningkatkan penerimagunaan 5G dalam kalangan rakyat Malaysia — melalui adaptasi teknologi metaverse, penggunaan internet dalam kalangan pengguna, pemain industri, dan institusi pendidikan juga akan berubah.
“Sebagai contoh, penggunaan teknologi ini bakal mengubah kaedah pembelajaran di universiti kepada pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) terutamanya dalam bidang kesihatan, kejuruteraan minyak dan gas, robotik, dan keselamatan siber,” jelas beliau.
Majlis MoU tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif VIRNECT, Tim Ha dan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Berhad, Datuk Idham Nawawi.