Ericsson dan Digital Nasional Berhad baru-baru ini mencatatkan rekod dunia tersendiri bagi jarak kelajuan Gigabit menerusi rangkaian 5G di Malaysia.

Rekod ini berjaya dicatatkan dengan kelajuan 5G mencapai sehingga 1Gbps pada jarak 11.8 kilometer menggunakan antena radio mmWave. Ujian ini telah menggunakan antena radio di Butterworth, Pulau Pinang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Nikkei Asia

Dengan pencapaian terbaru ini, ia memperlihatkan keupayaan mmWave dengan sokongan perisian jarak jauh Ericsson untuk menyampaikan penyelesaian sambungan internet berkelajuan tinggi yang menjimatkan kos dengan cepat terutamanya di kawasan terpencil.

Selain itu, ia dapat membuka jalan kepada pengendalian rangkaian mudah alih (MNO) untuk menyediakan sambungan yang lebih baik dan lebih meluas untuk kegunaan ramai dan juga perusahaan di kawasan liputan 5G sedia ada.

Penggunaan Akses Wayarles Tetap (FWA) ini dilihat sebagai alternatif kos efektif kepada jalur lebar tetap terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar di mana penggunaan gentian mempunyai kos yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk menyediakan fasiliti di pelbagai rupa bentuk muka bumi.