Semalam, DNB telah mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia telah mencecah hampir 50% liputan di kawasan berpenduduk pada akhir 2022. Bagaimanapun, kenyataan ini seperti tidak realistik kerana masih ramai yang mengalami isu rangkaian internet yang lemah walaupun berada di bandar.
Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah meminta DNB untuk menjelaskan bagaimana mencapai angka liputan yang diperkatakan itu. Tambahnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada ketika ini masih belum mengesahkan maklumat itu.
Baca Juga:
- ‘SKMM Digesa Untuk Sediakan Akses Internet Yang Baik di Lokasi PPS’- YB Fahmi Fadzil
- ‘KKD dan Syarikat Telco Berbincang Untuk Turunkan Lagi Harga Internet’- Fahmi Fadzil
I think @DNB_Official must explain how they arrived at these figures.@MCMC_RASMI has not yet verified this info.
Next time I don’t think DNB should publish prior to verification. https://t.co/JHjCipq6LJ
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 3, 2023
Menteri juga meminta pihak DNB agar tidak menerbitkan sebarang info tanpa pengesahan selepas ini. Seperti indah khabar dari rupa sahaja, angka yang diberikan sangat positif namun majoriti pengguna masih mengalami isu akses internet yang teruk lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman.
Terdahulu, DNB memaklumkan sedia menfokuskan kepada pelaksanaan rangkaian 5G dengan sasaran liputan 80% di Malaysia menjelang akhir tahun 2023. Diharapkan pihak DNB boleh mencapai sasaran yang ditetapkan dengan tindakan produktif dalam memperluaskan fasiliti rangkaian di seluruh Malaysia.