Peneraju 5G global, Ericsson memilih Malaysia sebagai antara 11 tapak pembuatan utamanya di dunia dan hab pertama di Asia Tenggara yang akan mengeluarkan produk 5G canggih untuk menyokong pelaksanaan 5G global dan tempatan.

Presiden Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro berkata, pengeluaran peralatan radio 5G global Ericsson di Malaysia merupakan sumbangan sosio-ekonomi tambahan pihaknya kepada negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Era Baru

Beliau berkata, ia juga menandakan usaha terbaru daripada pelbagai inisiatif untuk membawa pengalaman, kepakaran dan visi global Ericsson kepada Malaysia dalam menyokong cita-cita kerajaan untuk menjadi peneraju digital.

“Ericsson ialah peneraju dunia dalam teknologi 5G, dan kini menguasai 147 rangkaian langsung di 63 negara, termasuk Malaysia.

“Malaysia ialah pasaran penting bagi Ericsson dan inisiatif di Malaysia ini akan menyumbang kepada ekonomi tempatan menerusi pekerjaan dan pemindahan pengetahuan teknikal kepada tenaga kerja tempatan dalam bidang seperti pembuatan, kejuruteraan produk dan pengujian peralatan,” ujar beliau lagi.

David Hagerbro bersama Timbalan Menteri Komunkasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow merasmikan kilang pembuatan peralatan 5G global Ericsson pada hari semalam.

Hagerbro berkata, peralatan radio 5G yang dihasilkan di Malaysia termasuk radio bersepadu antena MIMO (Maksimum Input Maksimum Output) Raya Ericsson yang menerajui industri ringan dan cekap tenaga serta dihasilkan di Prai, Pulau Pinang, dengan kerjasama pembuat elektronik yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Flex.

Ericsson beroperasi di Malaysia sejak 1965 dan sedang melaksanakan rangkaian 5G untuk Malaysia yang mana prestasinya telah diiktiraf di peringkat global.

Sumber