Sekiranya anda pengguna media sosial, pastinya anda pernah melihat gambar seekor kucing putih yang dimarahi seorang wanita tular di aplikasi media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Gambar meme yang dipanggil ‘Woman Yelling at a cat’ ini mula tular sekitar bulan Mei yang lalu apabila seorang pengguna Twitter, MISSINGEGIRL memuat naik sebuah gambar yang mengabungkan imej seekor kucing putih dengan satu gambar babak Taylor Amstrong dalam ‘The Real Housewives of Beverly Hills’. Gambar tersebut telah menerima lebih 78,800 retweets.
Kucing putih yang viral diberi nama sebagai Smudge oleh pemiliknya iaitu Miranda. Menurut pemiliknya, Smudge sememangnya suka duduk di meja makan kerana kucing tersebut mempunyai kerusi khas untuknya di meja tersebut. Jika dia tidak mempunyai kerusi, dia akan melompat ke kerusi orang lain.
Ketika gambar yang tular tersebut diambil, kucing tersebut mempamerkan reaksi muka terkejut apabila melihat terdapat sayur-sayuran di atas meja. Menurut Miranda lagi, “Gambar itu berlaku kerana dia mengambil tempat duduk di meja, dan saya rasakan dia tidak menyukai apa yang kami makan untuk malam itu.”
Disebabkan gambar Smudge yang tular, kini kucing viral tersebut mempunyai akaun Instagramnya sendiri. Meninjau ke laman Instagram kucing tersebut dengan nama smudge_lord, akaun tersebut mempunyai lebih 886,000 ribu followers.
Selain daripada reaksi muka terkejut tersebut, Smudge juga melakukan pelbagai reaksi comel yang lain. Kucing yang dikatakan pemalu ini sememangnya menjadi perhatian ramai kini.
Meme ‘Women yelling at a cat‘ kini dibuat semula dengan pelbagai versi yang lebih melucukan.
Netizen dari Malaysia juga mahir dalam menghasilkan meme yang lucu-lucu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Suspek Pukul Pengawal Keselamatan Pula Jadi Bahan ‘Meme’ Netizen
Tular Langgar Kereta, ‘Meme’ Pemandu Honda Jazz Hiburkan Netizen