Selangor rasmi menandatangani pemain tengah Thailand, Picha Autra sebagai salah satu pemain import baharu mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025-2026.

Selangor mengumumkan ketibaan pemain skuad kebangsaan Thailand itu pada Ahad menerusi laman media sosial rasmi pasukan.

Baca Juga:

Autra beraksi bersama salah satu kelab gergasi Thailand iaitu Muangthong United sebelum ini dimana beliau turut dilantik sebagai ketua pasukan.

Picha Autra Seorang All Rounder Di Bahagian Tengah

Salah seorang penulis sukan di Thailand iaitu Ta Lao berkongsi mengenai gaya permainan Autra sewaktu beraksi di Thai League 1.

Picha Autra
Picha Autra

“Autra boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan dan mampu melaksanakan tugas sebagai pemain nombor 8 atau box to box.

“Dia mampu untuk melakukan larian dan sangat baik dalam melakukan tackle. Secara keseluruhannya, pemain tengah yang serba lengkap,” katanya.

Picha Autra
Nooa Laine. Kredit Foto: FAM

Kehadiran Picha Autra memberi variasi baharu di bahagian tengah kepada pengendali Selangor iaitu Katsuhito Kinoshi.

Ketika ini, skuad Gergasi Merah mempunyai beberapa pemain tengah yang mampu untuk membarisi kesebelasan utama seperti Noaa Laine, Alex Agyarkwa, Autra dan Noor Al-Rawabdeh.