Jiu-Jitsu (juga dieja jujitsu atau jujutsu) merupakan sebahagian daripada seni bela diri berasal dari Jepun, namun mula dipopularkan adalah di Brazil. Pada secara dasarnya, Jiu-Jitsu melibatkan teknik menuas, mengilas dan menekan lawan ke tanah.
Sedikit berbeza daripada kebanyakkan seni bela diri yang lain, pergerakkan Jiu-Jitsu kurang melibatkan pukulan, sebaliknya adalah pergerakkan menggunci lawan dengan mencekik sehingga lumpuh.
Terdapat banyak versi yang menuntut teknik Jiu-Jitsu, ada yang mengatakan ianya sudah wujud sejak zaman purba, dan ada berpendapat ia sebenarnya adalah teknik bertarung yang digunakan samurai sejak zaman dahulu lagi.
Namun apa pun, Jiu-Jitsu merupakan pecahan daripada seni bela diri Jepun iaitu Kodokan Judo dan kemudiannya diperkembangkan. Menurut sejarah, Pencipta seni bela diri ini yang bernama Kano Jigoro pernah menghantar 5 muridnya ke seluruh dunia untuk memperkenalkan seni bela diri tersebut.
Dan salah seorang daripadanya adalah Mitsuyo Maeda yang datang ke Brazil pada tahun 1914. Semasa di Brazil, seorang pemuda bernama Carlos Gracie tertarik dengan seni bela diri ini kemudian meminta Mitsyo Maeda mengajar dan mengambilnya sebagai murid.
Mula Berkembang
Sebagai orang yang satu-satunya membawa Judo di Brazil, Carlos Gracie kemudiannya mengajarkan teknik tersebut kepada adik bongsunya yang bernama Helio Gracie. Namun, meskipun dapat menguasi tenik Judo dengan baik, Helio Gracie berhadapan satu masalah iaitu tubuhnya kecil.
Ia menyukarkan Helio untuk menumaskan lawan yang bersaiz lebih besar daripadanya. Ini kerana teknik yang dipraktikalkan Judo memerlukan kekuatan yang kuat untuk menumpaskan musuh. Maka di sinilah punca wujudnya Jiu-Jitsu.
Helio akhirnya membuat beberapa perubahan dan menambah baik lagi teknik yang tersebut sehinggalah lahirnya apa yang disebut sebagai Brazilian Jiu-Jitsu atau Gracie Jiu Jitsu. Hasil daripada modifikasi tersebut, ia berjaya membuatkan ramai orang tertarik sampaikan dua beradik ini mula terkenal di Brazil.
Bukan itu sahaja, malah mereka mula berani mencabar beberapa jaguh-jaguh dari seni bela diri yang lain dalam satu pertarungan rasmi. Salah satunya adalah pertarungan bersama pengiat seni bela diri Judo dari Jepun pada tahun 1951.
Selepas itu, ramai petarung dari seni bela diri lain datang mencabar adik-beradik Gracie, dan semuanya berjaya ditewaskan dengan mudah. Sebelum tersebarnya Jiu-Jitsu seperti yang dilihat pada hari ini, teknik ini pertama kali diajarkan secara rasmi hanyalah pada anak dan cucunya sahaja. Ketika itu, keluarga Gracie amat di segani di Brazil.
Jiu-Jitsu hari ini merupakan salah satu seni bela diri yang popular di dunia, ia mula diperkembangkan ke persada antarabangsa. Bahkan, di dalam pertandigan Ultimate Fighting Championship (UFC), semua perserta diwajibkan untuk menguasi teknik ini.
Baca: Rupanya Inilah Ninja Terakhir Jepun Dan Beliau Seorang Jurutera
Menpelajari Jiu-Jitsu
Walaupun teknik Jiu-Jitsu dilihat sederhana dan bersahaja, namun terbukti Jiu-Jitsu sangat merbahaya hingga boleh mematahkan tulang lawan dengan mudah termasuk membunuhnya. Lebih bahaya, teknik Jiu-Jitsu ini sangat praktikal dan boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja meskipun bertubuh kecil.
Tenik bertarung yang lebih kepada ground fight seperti ini sangat praktikal dipelajari oleh sesiapa terutama kaum wanita atau mangsa buli atau juga mereka yang takut terlibat dalam sesuatu pergaduhan.
Menurut Helio sendiri, dalam situasi sebenarnya pergaduhan di jalanana (street fight), ia terbahagi ke pada tiga keadaan iaitu pukul, bergelut dan pertarungan di lantai. Salah satu teknik dalam Jiu-Jitsu memang diciptakan untuk berhadapan dengan situasi sebegini, ia adalah satu kemudahan bagi mereka yang tidak memiliki pukulan yang kuat atau daya tindak balas yang cepat.
Senang kata, jika anda merasakan tidak mempunyai daya tindak balas yang cepat atau tidak mempunyai kekuatan memukul, mempelajari Jiu-Jitsu sangat praktikal digunakan bila berhadapan musuh secara ‘satu lawan satu’, tetapi tidak lebih daripada itu.
Baca juga: Untuk Apa Saya Belajar Seni Bela Diri Jika Boleh Gunakan Pistol