Memasuki tahun ini, permainan mudah alih semakin mendapat tempat di hati pengguna. Tidak kira jurang umur, permainan mudah alih seolah berjaya mengisi masa lapang pengguna dengan baik.
Melihat kepada peningkatan trend permainan mudah alih, sekumpulan pembangun dari Malaysia telah memperkenalkan game terbaru iaitu Nightstream yang dilepaskan secara rasmi bermula 15 September 2018.
Berbincang mengenai permainan Nightstream, ia merupakan sebuah permainan genre arked dimana anda berpeluang memulakan permainan dengan larian tanpa batas serta mengelak daripada halangan.
Lebih mencabar, anda bukan sahaja bergerak pada haluan sahaja sepertimana permainan mudah alih yang lain malah, anda juga turut berpeluang berpaut pada dinding serta membuat putaran 360 darjah sekaligus membuatkan permainan ini tampil berbeza dengan game dengan genre yang sama.
Anda juga perlu mengutip point bagi meningkatkan lagi markah permainan anda. Selain itu, terdapat beberapa pilihan karakter yang boleh anda pilih melalui permainan ini.
Menariknya, bersempena dengan pelancaran permainan ini, pihak pembangunan turut memperkenalkan karakter pertama permainan ini iaitu Zara. Untuk pengetahuan anda, Zara merupakan seorang wanita yang berbangsa Melayu dan berhijab di dalam permainan ini. Difahamkan pengenalan Zara ini sekaligus bakal membuatkan para pengguna lebih dekat dengan permainan yang diperkenalkan.
Ikuti dengan lebih rapat mengenai game yang baru sahaja dilancarkan di Facebook dan juga laman web rasmi mereka kerana selepas ini lebih banyak karakter bakal diperkenalkan melalui game ini.
Buat anda yang berminat untuk mencuba permainan Nightstream, anda boleh memuat turun dengna klik disini untuk iOS dan klik disini untuk Android. Selamat mencuba!