Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dengan pelbagai agama. Jadi tidak terkejut sekiranya kita melihat beberapa orang daripada kaum lain meraikan perayaan agama tertentu, boleh jadi mereka juga adalah penganut agama tersebut.
Terbaharu, perayaan Thaipusam yang disambut oleh penganut agama Hindu telah berpusu-pusu berkunjung ke Batu Caves. Kebanyakan daripada penganutnya adalah berbangsa India.
Baca Juga:
- Pengguna Malaysia Didapati Menghabiskan Masa Hampir Tiga Jam Sehari Di Media Sosial
- Michelle Yeoh Pelakon Malaysia Dan Asia Pertama Dicalonkan Untuk ‘Pelakon Wanita Terbaik’ Oscar 2023
https://twitter.com/anthraxxx781/status/1621727277607432193
Bagaimanapun, perayaan ini mempunyai keunikannya apabila ia juga disambut oleh bangsa Cina yang beragama Hindu. Dalam satu gambar yang tular di media sosial, kelihatan kaum Cina turut sama melakukan ritual agama Hindu pada perayaan Thaipusam.
Situasi ini sebenarnya membuatkan sebahagian daripada rakyat Malaysia terkejut kerana wujud kepelbagaan seperti ini di Malaysia. Boleh jadi sebelum ini kita tidak pernah ambil tahu atau langsung tidak tahu bahawa wujud bangsa lain yang menyambut perayaan Thaipusam.
Tak pernah nampak tapi tak pelik sebab Malaysia kan. Berbilang kaum. Kahwin campur apa, is normal
— ケイ• KEi (@kigaoki_kei) February 4, 2023
If this true, they are the most ancient legacy we can have in Asia. It’s beautiful.
— Zeynep (@eskrimencair) February 5, 2023
that actually quite interesting , this age baru tau ada chinese hindu.
— theuglehpeppa (@theuglehpeppa) February 5, 2023
Thaipusam adalah perayaan penting bagi penganut Hindu. Ia disambut pada bulan Thai, bulan yang kesepuluh dalam kalendar Tamil untuk memperingati peristiwa Dewi Parvati memberikan anak lelakinya Lord Murugan lembing suci untuk menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman.
Lebih sejuta penganut Hindu berkumpul setiap tahun di pelbagai kuil di seluruh negara untuk menyambut Thaipusam.
Perayaan ini berlangsung secara besar-besaran di Batu Caves. Penganut Hindu juga berkumpul di Kuil Balathandayuthapani atau Kuil Waterfall Hill di Pulau Pinang, Kuil Sri Subramaniya Swamy di Sungai Petani di Kedah, dan Kuil Sri Subramaniar Swamy di Ipoh di Perak.