Apa yang kita akan lakukan jika satu hari nanti jatuh terduduk sehingga berada di dalam kelompok miskin ekstrem atau mungkin bangkrap?

Sementara majoriti kita mungkin akan memilih untuk bekerja biasa sahaja, bagi salah satu individu terkaya di dunia iaitu Bill Gates pula berpendapat untuk menternak ayam dalam melawan kemiskinan ekstrem.

Kenapa Bill Gates Pilih Bela Ayam Jika Jatuh Miskin Ekstrem? Ini Sebabnya
Sumber Gambar: smallflockontario

Ini sebabnya beliau memilih untuk menternak ayam jika hanya memiliki $2 sehari:-

Penjagaan Mudah dan Murah: Ayam tidak memerlukan penjagaan yang rumit dan kosnya rendah.

Makanan Fleksibel: Banyak baka ayam boleh makan apa sahaja yang dijumpai di tanah, walaupun ia akan membesar dengan lebih cepat jika diberi makan dengan betul.

Beri pendapatan dan makanan: Dengan hasil telur ia boleh dijadikan sebagai makanan sementara ayam itu sendiri boleh dijual. Secara tidak langsung, anda juga mempunyai sumber gizi telur dan dagin yang kaya protein, baik untuk anak-anak.

Mudah dikendalikan oleh semua jantina: Kerana saiznya yang kecil dan biasanya tidak merayau jauh dari rumah, ayam sering dianggap sebagai haiwan peliharaan wanita dalam banyak budaya. Wanita yang menjual ayam cenderung untuk melaburkan semula keuntungan bagi keluarga mereka.

Dalam erti kata lain, ayam ini merupakan haiwan ternakan paling mudah untuk semua lapisan masyarakat berbanding lembu dan seumpamanya yang memerlukan kudrat yang lebih besar dan hanya sesuai untuk orang lelaki yang kuat sahaja.

Disebabkan ayam yang senang membiak dalam masa singkat, ia boleh menjadi pelaburan yang berbaloi kerana mampu memberi pendapatan berterusa  seperti Afrika Barat seekor ayam bernilai $5, setahun boleh cecah lebih $1,000.

ayam
Sumber Gambar: you trip

Bill Gates mengibaratkan ayam sebagai mesin ATM bagi keluarga miskin. Mereka boleh menjual seekor ayam bila-bila masa mereka memerlukan wang tunai untuk keperluan mendesak, seperti bayaran yuran sekolah anak atau rawatan perubatan.

Ini jauh lebih baik daripada bantuan tunai yang selalunya akan habis dengan cepat.

Yayasan Bill Gates membekalkan ayam yang telah divaksin kepada keluarga miskin. Strategi ini ibarat “memberi kail, bukan ikan” bertujuan untuk membantu mereka menjana pendapatan dan keluar daripada kemiskinan secara berdikari.

Sebagai kesimpulannya, ayam adalah pilihan yang praktikal dan berdaya maju untuk dipelihara kerana kos penjagaannya yang rendah dan keperluannya yang asas. Inilah rahsia yang dikongsikan oleh Bill Gates sejak tahun 2016 lagi namun baru tular semula di media sosial.