Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap pemandu kenderaan untuk mengikut peraturan jalan raya dalam memudahkan setiap pengguna. Pematuhan kepada undang-undang jalan raya turut dapat mengelakkan daripada risiko berlaku kemalangan.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah video perkongsian Twitter @isusemasaviral yang menyaksikan sebuah Perodua Myvi yang dihalang laluan oleh sebuah Toyota Hilux.
Baca Juga:
- Tidak Sempat Beli Perodua Myvi Tunai, Duit KWSP RM60,000 Habis ‘Disapu’ Macau Scam
- Selebriti Pandu Myvi Secara Melulu Hingga Kekasih Tercampak Keluar Ditahan Polis
- Jual Myvi Usia 7 Tahun Pada Harga RM28,600, Netizen Setuju Model Ini Masih ‘High Demand’
Meskipun berlaku halangan, lampu isyarat merah yang dipaparkan seharusnya tidak membenarkan Perodua Myvi untuk melintas jalan. Namun perkara yang tidak disangka ramai berlaku apabila Myvi tersebut secara selamba telah melanggar Toyota Hilux tersebut sebelum undur semula.
hati ko keras king! pic.twitter.com/81P2XH8yiz
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) January 19, 2023
Menerusi video dapat dilihat Myvi tersebut belok ke kiri sedikit seiring dengan pergerakan Toyota Hilux tersebut untuk melalui laluan yang mahu dituju apabila lampu isyarat bertukar hijau.
Kejadian yang mengejutkan serta penimbulkan pelbagai persoalan ini turut mendapat netizen yang turut hairan dengan tindakan yang dilakukan Myvi ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap insiden yang berlaku.
Bangang gilaaaaa driver Myvi ni…. tepi tu boleh kot selit .. saje nak cari pasal ngan driver lain.. ni laaa org kata otak letak kat jubur😅🙄 https://t.co/mCzvRVhywY
— Eyja (@eijaamdan11) January 19, 2023
#np BATU PAHAT JOHOR🔥 https://t.co/ecC7X5cJ3s
— 安明🧸 (@MhmdWan22) January 19, 2023
King ok ke tak ni hahahahaa https://t.co/ov7506grzT
— 🐝🐝 (@h4nnieeee) January 19, 2023
Jangan main2 dengan king 🤣🤣🤣🤣 https://t.co/Pr7ZtYRc9p
— Prince Yoshiro (@Cool_Wannabe82) January 19, 2023
Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja mengundang kerosakan kereta sendiri malah memberi kesan kepada pemandu lain. Setakat ini masih belum diketahui tujuan asal Perodua Myvi pada awalnya melanggar Hilux tersebut.