Tidak ada negara yang benar-benar sempurna, tetapi Malaysia sering dianggap menarik atau baik untuk beberapa sebab utama. Malaysia menawarkan gabungan unik antara budaya yang hidup, kemudahan moden, dan alam semula jadi yang subur pada kos yang mampu milik.

Seorang pemuda Indonesia yang telah menetap di Malaysia selama hampir lapan tahun menjadi tular di media sosial. Beliau meluahkan rasa kagum terhadap sistem di Malaysia berdasarkan pengalamannya sendiri.

Setelah lapan tahun menetap di Malaysia, pemuda Indonesia itu menyimpulkan bahawa negara tersebut sangat fokus dan serius dalam menguruskan perkara-perkara kecil yang mempunyai impak besar terhadap kehidupan harian rakyat, merangkumi bidang kesihatan dan juga pendidikan.

Salah satu aspek yang paling menarik perhatian pemuda itu ialah sistem kesihatan awam Malaysia. Beliau kagum bahawa rawatan di klinik kerajaan hanya memerlukan bayaran sekitar RM1 (bersamaan kira-kira Rp3,000–Rp4,000). Katanya, layanan ini adalah sama rata untuk semua kerana di Malaysia, kesihatan dianggap sebagai hak, bukannya kemewahan.

Di samping itu, pemuda ini turut memuji inisiatif Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Program tersebut membantu keluarga berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri, di mana sebahagian besar kos pembinaan ditanggung oleh kerajaan dan baki pembayaran dibuat melalui ansuran yang ringan.

Beliau menyifatkan ini membuktikan bahawa di Malaysia, rumah dianggap sebagai keperluan, dan bukan sekadar hak istimewa (privilege).

Selain itu, pemuda ini turut kagum dengan kecekapan Malaysia menyalurkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat melalui platform digital. Beliau menekankan bahawa prosesnya mudah dan tanpa kerumitan seperti tiada keperluan untuk beratur atau mengisi borang yang panjang. Beliau percaya bantuan digital yang kecil ini memberikan kesan besar kepada kehidupan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

Dalam sektor pendidikan, pemuda ini melahirkan rasa kagum terhadap peluang pelajaran dan latihan yang meluas yang tersedia untuk generasi muda Malaysia.

Beliau berpendapat bahawa Malaysia berjaya membuktikan bahawa ilmu pengetahuan adalah jalan keluar utama dari kemiskinan, dan bukannya hanya sekadar lambang status sosial.

Keprihatinan Malaysia terhadap warga emas dan OKU amat dikaguminya, terbukti melalui reka bentuk mesra pengguna kerusi roda di banyak kemudahan awam dan stesen pengangkutan, yang membuatkan beliau semakin menghormati negara ini.

Menjelang akhir perkongsiannya, pemuda Indonesia itu menyampaikan satu realiti yang mungkin mengejutkan atau membuatkan kita terfikir tentang sesuatu yang sering diabaikan.

“Negara ini mengajar saya bahawa untuk maju, kita tak perlu tunggu sampai ‘sempurna’.

“Yang penting ada niat, sistem yang jujur dan rakyat yang sedar bahawa kehidupan selesa itu terhasil daripada kerjasama bersama,” katanya.

@junforsure

Kadang yang bikin sebuah negara terasa nyaman bukan gedung tinggi atau kota megah tapi hal-hal kecil yang langsung dirasain rakyatnya. Di Malaysia, aku liat sendiri hal-hal itu bisa jalan. Bayar RM1 buat berobat rumah rakyat yang beneran ditempati bantuan tunai yang langsung masuk ke rekening, transportasi publik yang nyambung, dan kota yang bersih tanpa harus diingatkan. Delapan tahun di sini bikin aku sadar kemajuan gak harus nunggu kaya dulu. Cukup niat, sistem yang jujur dan warga yang mau jaga bareng-bareng. Kalau kamu, hal kecil apa yang pengen banget kamu liat berubah dulu di Indonesia? #malaysia #kualalumpur #tiktoktravel #infrastructure #tiktokstory

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic

Luahan lelaki Indonesia sebenarnya sedikit banyak telah membuka satu perspektif baru untuk warga tempatan untuk mensyukuri nikmat yang berlimpah ruah yang terdapat di Malaysia ini.

Sumber