Nasi Ayam Gepuk merupakan salah satu bisnes makanan yang selalu ‘full house‘ dengan kehadiran para pelanggan di Malaysia.

Berasal dari Indonesia, nasi itu popular di negara ini atas beberapa sebab yang menarik dan berkait rapat dengan cita rasa tempatan serta trend makanan semasa.

Baca Juga:

Nasi itu juga cukup sinonim sebagai ‘nasi bajet’ yang mampu dibeli oleh sesiapa sahaja. Harga sepinggan cumalah IDR10,000–20,000 (kira-kira RM3–RM6 sahaja).

Asalnya Nasi Bajet Di Indonesia, Tapi 'Harga Kayangan' Di Malaysia? Ini Sebab Nasi Ayam Gepuk Dijual Lebih RM10
Sumber Gambar: Pergikuliner.com

Bagaimanapun perkara itu menjadi sebaliknya apabila dijual di Malaysia. Kebanyakkannya dijual bermula pada harga RM10 dan ke atas.

Perkara itu menyebabkan ada netizen mempersoalkan kadar harga sepinggan nasi berkenaan.

Tak mudah untuk siapkan sepinggan Nasi Ayam Gepuk
Asalnya Nasi Bajet Di Indonesia, Tapi 'Harga Kayangan' Di Malaysia? Ini Sebab Nasi Ayam Gepuk Dijual Lebih RM10
Sumber Gambar: Pergikuliner.com

Netizen tampil berkongsi antara sebab-sebab harga nasi itu dijual lebih RM10 di Malaysia.

Ada menyatakan oleh kerana proses-proses untuk mendapatkan bahan-bahan, serta pembuatannya menjadikannya harganya ‘kayangan’.

“Cara masak dia renyah, kena rebus dulu, selepas itu goreng pula. Rempah pun macam-macam. Kobis hangus lama kena goreng, cili api pula kne import dari Indonesia,” kata seorang netizen.

Asalnya Nasi Bajet Di Indonesia, Tapi 'Harga Kayangan' Di Malaysia? Ini Sebab Nasi Ayam Gepuk Dijual Lebih RM10
Sumber Gambar: Keluarga

Menurut seorang warganet lain, antara sebab lain adalah penggunaan kacang gajus pada sambalnya.

“Kalau yang guna kacang gajus, memang patut mahal. Dah try buat sendiri. Beli kacang gajus RM10. Bila lenyek-lenyek buat sambal dapat sikit saja,”

Seorang lelaki mengakui kos pembuatan sambalnya agak tinggi, ini berdasarkan pengalaman isterinya meniaga makanan tersebut

“Isteri saya dulu meniaga Nasi Ayam Gepuk. Jawapan dia sebab cili dengan kacang gajus sangat mahal. Memang resepi asal dia ada kacang gajus. Dia akan kisar sekali dengan cili padi sampai jadi sambal.

“Biasa kalau sambalnya pedas, sebab jumlah gajus sikit saja guna. Tapi kalau tak pedas, lagi banyak gajus digunakan untuk neutralkan rasa pedas cili,” jelasnya.

Asalnya Nasi Bajet Di Indonesia, Tapi 'Harga Kayangan' Di Malaysia? Ini Sebab Nasi Ayam Gepuk Dijual Lebih RM10
Sumber Gambar: Ayam Bismi

Dalam pada itu warganet menyatakan para pelanggan juga tidak boleh lupakan kos operasi yang tinggi turut menyebabkan Nasi Ayam Gepuk di Malaysia berharga ‘kayangan’.