Rasanya sejak negara dilanda pandemik COVID-19 dan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang memilih untuk menjadi runner akibat kehilangan pekerjaan tetap. Tugasan runner, food delivery dan sewaktu dengannya merupakan jenis pekerjaan yang mengaplikasikan konsep gig economy.

Gig economy merupakan satu konsep dimana para pekerja bekerja secara persendirian melakukan beberapa tugasan dalam satu satu masa secara separuh masa mahupun freelance serta mengaplikasikan platform digital sebagai medium untuk mencari pendapatan sama ada pendapatan sampingan atau pendapatan tetap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

FoodPanda, Grab dan Gojek antara syarikat yang mengaplikasikan konsep gig economy dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutama buat anak muda. Untuk pengetahuan, gig economy bukan bekerja hanya sekadar runner. Terdapat banyak lagi peluang pekerjaan yang menggunakan konsep gig economy yang wujud pada hari ini.

Gig-Economy-1
Senarai syarikat yang menyokong gig economy. Sumber: Fabrik brands

Apabila bercakap berkenaan gig economy kita tidak boleh lari daripada satu lagi bentuk ekonomi baru iaitu sharing economy atau ekonomi perkongsian. Dalam sharing economy, ada tiga perkara yang biasanya digunakan untuk menjana pendapatan iaitu space contohnya menyewa bilik kosong di AirBnB, stuff seperti menggunakan kereta untuk menjalankan servis Grab dan juga skill seperti menjadi freelance graphic designer dan juga freelance translator.

Kalau kita teliti ketiga perkara berikut iaitu space, stuff dan skill, tidak semua orang ada bilik kosong yang boleh disewakan di AirBnB dan tidak semua orang ada kereta untuk buat Grab. Begitu juga dengan tidak semua orang ada motorsikal untuk menjalankan servis FoodPanda.

Walau bagaimanapun, saya yakin hampir semua orang ada skil atau kemahiran yang mereka boleh gunakan untuk menjana pendapatan, terutama para graduan universiti yang menghabiskan tiga ke empat tahun di Universiti mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran.

Freelancing is the Future of Work.

101884318_10223916898618199_8363340459895589337_n

Pada masa kini, 35% pekerja atau tenaga kerja di Amerika Syarikat adalah dikalangan freelancer dan dianggarkan lebih daripada 50% pekerja di Amerika Syarikat akan menjadi freelancer menjelang 2027. Ini statistik yang saya ambil sebelum berlakunya COVID-19 & lockdown. Kemungkinan besar peratusan sekarang melebihi apa saya yang kongsikan diatas.

Sejak tahun 2016, MDEC melalui inisiatif eRezeki telah menjalankan program iaitu eRezeki High Income yang kini dikenali sebagai Global Online Workforce (GLOW). Program ini dilahirkan bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir berkonsepkan freelancer melalui platform digital seperti Freelancer, Upwork dan Workana.

Ia juga bertujuaan untuk membantu masyarakat menjadikan freelancing sebagai pendapatan sampingan dan seterusnya menjadi alternative employement apabila sudah mula mendapat mulai mencapai pendapatan yang stabil. Anda boleh ketahui lebih lanjut dengan layari laman web GLOWMalaysia.

Boleh rujuk gambar dibawah sebagai contoh. Seorang pelajar tahun akhir di UiTM Machang yang telah mengikuti program GLOW, telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan sebanyak $200 atau RM853.60 dengan membuatkan tugasan mencipta logo di platform Freelancer.

102563897_10223916898858205_7756229480349893698_n
Sumber: facebook Khairul Ikhwan Zulkefly

Ini bukanlah pendapatan pekerja tetap atau part time tetapi lebih kepada freelance yang menggunakan konsep Gig Economy yang sama seperti rider FoodPanda. Untuk makluman anda, pelajar ini merupakan pelajar jurusan perniagaan bukan course graphic design.

Jika kita hendak bandingkan gaji seorang fresh graduate jurusan graphic designer contohnya di Terengganu, gaji bulanan yang bakal mereka dapat biasanya diantara RM1,200 ke RM1,500 sebulan dengan melakukan pelbagai kerja graphic design dalam masa sebulan.

Jika pendapatan satu projek freelance graphic designer boleh mencapai gaji sebulan fulltime graphic design, tidak hairanlah ramai dikalangan top graduate di Amerika Syarikat dan Britain memilih untuk menjadi seorang freelancer daripada pekerja di sebuah syarikat.

person-using-macbook-pro-on-white-table-3987012
Sumber: anna shvets

Bermula dengan menjadi seorang freelance graphic design, jika boleh mendapat tugasan yang konsisten, freelancing yang mana bermula sebagai satu bentuk pendapatan sampingan boleh diketengahkan kepada sebuah pekerjaan yang serius.

Tepuk dada tanya selera. Mahu atau tidak, gig cconomy, sharing economy, freelance economy atau seumpama dengannya telah menjadi konsep ekonomi pada zaman sekarang. Disaat ekonomi yang tidak menentu, satu solusi perlu diambil bagi meningkatkan kembali ekonomi masyarakat terutama golongan anak muda.

Terima kasih kepada kerajaan diatas pengumuman peruntukan bagi program Global Online Workforce. Semoga selepas ini program GLOW dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

Tular pada bulan April lalu apabila seorang designer tekad berhenti kerja untuk memilih menjadi petani di kampung. Ketahui juga tip berguna buat online seller yang mahu tampil berbeza di media sosial.

Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’, Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung

Tip Berguna Buat ‘Online Seller’ Tampil Berbeza Di Media Sosial