Bercakap tentang kes penderaan, pasti anda banyak mendengar kes penderaan yang berlaku kepada warga emas, kanak-kanak dan lain-lain. Malah, kes-kes begini sering berlaku seperti tiada titik noktah.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Jurais telah berkongsi satu video yang menunjukkan seorang remaja perempuan OKU telah dibiarkan berada di luar rumah keseorangan. Menurut Jurais, dia telah bertanya kepada remaja tersebut kenapa dia berada di luar.
Adik Ain, 14 Tahun (tak bersekolah) masalah pembelajaran.
Jam https://t.co/BGA85B4beo –
"awat tak masuk rumah"
" mak tak bagi duk dlm rumah"
Sy harap kwn2 dpt sebarkan kekejaman mak & bapak tiri adik ni. Act taktau nak tlg mcm mana. Sumpah aku nk menangis dgr story dia. 🎧 Pls. pic.twitter.com/yqHDXJCnqD— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
"mak rajin buat kami. Kalau adik buat salah, adik tuduh kami. Sebab tu mak suruh duk kat luaq. Hari hari kena duk luaq. Kadang malam malam pun kena tidoq kat luaq"#solidaritiadikain @drwanazizah @JKMHQ pic.twitter.com/4FMh61Mepf
— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
Remaja tersebut menjawab bahawa ibunya memaksanya tinggal di luar rumah, manakala ibunya bersama keluarganya yang lain telah keluar. Remaja tersebut dipercayai telah diabaikan oleh keluarga dan didera berikutan terdapat kesan luka dan pukul pada badan remaja tersebut.
Berikutan penularan video tersebut, pihak polis telah memanggil ibu dan abang kandung kanak-kanak tersebut bagi membantu siasatan. Menurutnya, jiran mangsa telah membuat laporan tersebut di Twitter dan pihak polis mengambil berat akan isu itu. Pihak polis masih lagi menunggu keputusan pihak hospital berkenaan luka yang dialami remaja tersebut kerana luka tersebut adalah kesan luka lama.
Aku sumpah lemah dengan ayat dia. Kena pukul dengan buluh, kena simbah dengan air panas, kena kepik dgn playa (mak dia ingat ank tu tahanan ISA ka?) Tapi gais anak syurga nintetap hati mulia. Dengar apa dia cakap 😭😭😭😭😭 pic.twitter.com/ErbxxPljOW
— Jurais (@juraisabdullah) July 19, 2019
Jika betul keluarga remaja tersebut mendera remaja tersebut, diharap hukuman setimpal akan dikenakan dan remaja tersebut dapat pembelaan. Tidak seharusnya anak-anak istimewa ini diperlakukan sedemikian rupa.
Menurut perkongsian terbaru Jurais, beliau telah dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes ini. Jurais adalah hero sebenar kerana tanpa pendedahannya, entah sampai bila adik ini akan didera oleh ibu dan abang kandungnya.
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi. Adik ain skrg berada dalam keadaan selamat. Saya telah dipanggil oleh pihak polis utk membeei keterangan berkenaan kes adik ain. Sy harap semua pihak tdk lg membuat apa2 spekulasi. Serahkan semuanya kpd pihak polis.
— Jurais (@juraisabdullah) July 20, 2019