Perubahan format dalam AFC Champions League (ACL) Elite 2024/25 menyaksikan buat pertama kalinya wakil dari zon Timur dan Barat disatukan.

Senario kebiasaan sebelum ini adalah wakil dua zon tersebut hanya akan bertemu pada perlawanan akhir sebagai contoh aksi Al Ain bertemu Yokohama F. Marinos, musim lalu.

Baca Juga:

Musim ini menyaksikan empat pasukan dari zon Timur dan baki empat lagi dari zon Barat telah diundi untuk bertemu sesama sendiri.

Aksi suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan diadakan di lokasi berpusat iaitu Jeddah, Arab Saudi dalam tempoh masa 10 hari.

Berdasarkan undian yang dilakukan semalam, dua kelab Arab Saudi iaitu Al Ahli dan Al Ain berada dalam ‘pool’ bersama-sama Gwangju dan Buriram United.

Manakala satu lagi ‘pool’ menyaksikan Yokohama F. Marinos, Al Nassr, Kawasaki Frontale dan Al Sadd.

Difahamkan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 25 hingga 27 April manakala separuh akhir pula 29 dan 30 April.

Perlawanan akhir yang turut bakal diadakan di Jeddah (King Abdullah Sports City) akan berlangsung 3 Mei.

Berikut merupakan keputusan penuh undian yang berlangsung semalam:

Suku Akhir ACL Elite 2024/25

1) Al Hilal (Arab Saudi) lawan Gwangju (Korea Selatan) – 25 April

2) Al Ahli (Arab Saudi) lawan Buriram United (Thailand) – 26 April

3) Yokohama F. Marinos (Jepun) lawan Al Nassr (Arab Saudi) – 26 April

4) Kawasaki Frontale (Jepun) lawan Al-Sadd (Qatar) – 27 April