Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional, Mohd Suhaimi Bin Abdullah.
Mohd Suhaimi Bin Abdullah memenangi kerusi itu dengan majoriti 13,518 undi.
Baca Juga:
- Tun Dr. Mahathir Desak SPR Untuk Haramkan Pengundi Bawa Telefon Pintar
- Tun Mahathir Disenaraikan Sebagai ‘Ekstremist Paling Bahaya’ Oleh Organisasi Di New York
#PRU15 (RASMI) Kerusi Parlimen Langkawi dimenangi Mohd Suhaimi Abdullah dari PN dengan majoriti 13,518, dua calon termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dari PEJUANG hilang deposit.
— Berita Harian (@bharianmy) November 19, 2022
Parlimen Langkawi menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Dr Mahathir (Pejuang), Mohd Suhaimi (PN), Armishah Siraj (Barisan Nasional), Zabidi Yahya (Pakatan Harapan) dan Abd Kadir (Bebas).