Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan pengurangan subsidi telur akan memberikan kerajaan penjimatan sehingga RM135 juta untuk tempoh tiga bulan sebelum penamatan penuh dilaksanakan minggu depan.

Memetik Berita Harian, beliau berkata bekalan telur ayam pada masa ini berada pada tahap yang stabil dan dijual pada harga berpatutan.

Baca Juga:

“Bagi Julai, anggaran pengeluaran telur ayam adalah sebanyak 1.75 bilion biji sebulan, manakala keperluan penggunaan domestik dianggarkan 1.06 bilion.

“Ini menunjukkan terdapat lebihan pengeluaran sebanyak 0.69 bilion, yang sebahagiannya akan digunakan untuk pasaran eksport,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan terus melaksanakan pemantauan rapi dalam memastikan bekalan dan harga telur kekal stabil.

Beliau juga menjelaskan pengurangan dan penamatan subsidi telur ayam dijangka tidak akan menjejaskan kestabilan bekalan telur ayam.

Ini kerana  industri kini menunjukkan tren positif termasuk penurunan makanan ayam.

“Penyasaran semula subsidi dan penamatan kawalan harga telur membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan menyalurkan semula subsidi kepada program yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kadar inflasi tahunan bagi telur ayam mencatatkan penurunan -5.3 peratus pada 2025, bagaimanapun ia tidak berlaku secara menyeluruh melintas semua gred telur,” katanya.

Sumber