Novel grafik ‘When I Was a Kid 3’ karya Cheeming Boey telah diharamkan di Malaysia.

Ini berikutan bantahan oleh NGO Indonesia, yang dikenali sebagai Corong Rakyat, terhadap gambaran buku tersebut yang didakwa menghina pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada bulan Jun, NGO itu telah mengadakan protes terhadap buku tersebut di luar kedutaan Malaysia di Jakarta.

Mereka mendakwa bahawa kandungan komik tersebut telah sengaja melukakan hati Pekerja Migran Indonesia di Malaysia dan negara lain.

Mereka menggesa agar buku itu tidak lagi dicetak dan dijual di Malaysia. Mereka juga menggesa agar penulis disiasat.

Salah satu komik ini menceritakan kandungan sensitif yang didakwa memburukkan Pekerja Migran Indonesia (PMI).

Di muka surat 154, seorang bapa memperkenalkan anaknya kepada seorang pembantu rumah (PRT) yang berasal dari Indonesia sebagai seekor monyet kerana dia memanjat pokok kelapa di belakang rumah.

Kementerian Dalam Negeri berkata kerajaan sedang melaksanakan kuasanya di bawah subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Perintah itu dibuat pada 15 September ini.

Untuk rekod, komik berjudul When I Was a Kid 1 adalah yang paling laris pada Mei 2012. Sementara itu, When I Was a Kid edisi ke-3 mula diterbitkan pada 1 Januari 2014.

Sumber