Satu video tular di media sosial telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan besar dalam kalangan rakyat Israel dan dunia antarabangsa.

Klip video tersebut menunjukkan beberapa individu Yahudi dilihat bersorak riang saat menyaksikan serangan Iran ke atas Tamra, sebuah bandar di utara Israel.

Israel Ditentang Rakyatnya Sendiri?

Klip itu, yang dirakam pada malam serangan, memperlihatkan seorang lelaki menjerit “Demi desa, demi desa!” sebelum kumpulan itu menyanyikan frasa anti-Arab “Semoga desamu terbakar,” sambil bertepuk tangan.

Israel

Reaksi ini hadir di tengah-tengah ancaman yang menyasarkan seluruh wilayah tanpa mengira kaum atau agama.

Partai Persatuan Nasional segera mengeluarkan kenyataan tegas mengecam video itu.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Times of Israel, parti itu berkata, “Malam ini kami menyaksikan video yang beredar dalam talian di mana orang-orang Israel terdengar bersorak saat melihat peluru jatuh di komuniti Arab di utara. Kami katakan dengan jelas dan tegas: Ini bukan cara kami.”

Israel

Parti itu turut menekankan peranan penting yang dimainkan oleh masyarakat Arab sepanjang konflik yang berlarutan, menyatakan bahawa mereka “menunjukkan solidariti dan kerja sama penuh dalam usaha perang, baik di medan hadapan mahupun di barisan hadapan dalam negeri.”

Tambah kenyataan itu lagi, seluruh rakyat Israel berduka atas kehilangan nyawa di Tamra dan berdoa untuk keselamatan semua warganegara.

Tamra, sebuah kota Arab yang terletak di sebelah timur Haifa, menjadi salah satu lokasi yang terkesan akibat serangan rudal Iran yang mengejutkan itu.

Israel

Empat orang terkorban dalam kejadian berkenaan.

Pada masa sama, pihak Komando Front Dalam Negeri IDF mengesahkan bahawa siasatan dan pemindaian lokasi kejadian dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya sehari untuk diselesaikan.