Mula menjadi topik hangat sejak kerajaan baru mula mengambil alih, pihak kerajaan kini sedang dalam cadanngan untuk menggantikan Wang Ringgit sedia ada kepada yang baru dalam usaha untuk membanteras isu melibatkan korupsi.

Mengulas lanjut mengenai cadangan yang dibuat, Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia mengatakan langkah ini mampu dilakukan namun ianya bakal melalui proses yang sukar lebih-lebih lagi melibatkan jumlah yang besar.

Selain itu, Malaysia juga perlu bersedia untuk mengeluarkan sejumlah besar wang kertas yang sekaligus bakal memberi kesan kepada ekonomi negara. Sebelum ini pihak Kerajaan India pernah melakukan perkara yang sama dalam menggantikan wang 500 dan 1,000 rupee kepada 500 dan 2,000 rupee yang baru.

Pada pendapat anda, adakah wajar untuk menggantikan Wang Ringgit sedia ada kepada baru atau kekalkan sahaja seperti sedia kala?

Sumber