Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah memaklumkan bahawa terdapat berita baik secara khususnya penjawat awam dengan penawaran pelan internet dengan harga Rahmah pada hari ini.

Terkini, beliau mengumumkan secara rasmi pengenalan Pakej 5G RAHMAH dan insentif Postpaid RAHMAH untuk penjawat awam. Seperti namanya, para penjawat awam berpeluang menikmati capaian internet yang lebih baik dengan harga mampu milik.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter @fahmi_fadzil

Bagi pakej 5G RAHMAH,  semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelan data postpaid sebanyak 60GB pada harga serendah RM60 sebulan serta telefon pintar 5G semurah RM250 sahaja.

Untuk 100,00 pembeli pertama dalam kategori B40 pula akan mendapat telefon pintar 5G tersebut dengan harga serendah RM120. Beliau mengumumkan perkara ini menerusi akaun rasmi Twitter miliknya sebentar tadi.