Sebuah hantaran telah diturunkan daripada platform media sosial X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter setelah mendapat laporan daripada kerajaan Malaysia, lapor MalaysiaKini.

Difahamkan bahawa hantaran yang dibuat oleh @yindian5 itu diturunkan kerana menggelar Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebagai ‘bloody moron’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Platform media sosial X dalam notisnya memberitahu bahawa ia menerima permintaan daripada kerajaan Malaysia yang mendakwa bahawa hantaran terbabit “melanggar undang-undang Malaysia”.

Bagaimanapun, platform media sosial itu berkata ia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan, yang disiarkan pada Selasa (12 Dis), selepas Fahmi diumumkan sebagai menteri komunikasi dalam rombakan kabinet.

Menerusi laporan MalaysiaKini, pejabat menteri menafikan dakwaan bahawa laporan itu dibuat oleh Kementerian Komunikasi. Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut tidak menjawab soalan MalaysiaKini.

 

Sumber