Bekalan vaksin mungkin tidak mencukupi untuk Fasa 3 program vaksinasi COVID-19 negara yang dirancang akan bermula pada bulan Mei 2021 sehingga Februari 2022 nanti, lapor Free Malaysia Today.

Bercakap pada sidang media selepas lawatan ke pusat vaksin PWTC hari ini, menteri penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Khairy Jamaluddin mengatakan segala faktor bergantung kepada penghantaran vaksin.

“Fasa 2 berjalan lancar. Ia berterusan. Fasa 3 sepatutnya bermula pada bulan Mei, tetapi saya tidak tahu sama ada bekalan kita mencukupi. Kita perlu membuat pengumuman mengenai hal itu,” katanya.

Sebelum ini, Khairy mengumumkan Fasa 3 program imunisasi kebangsaan dijangka bermula pada Mei 2021 hingga Februari 2022.

Ini akan melibatkan warganegara dan bukan warganegara yang berusia 18 tahun ke atas, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang berada di zon merah, diikuti oleh mereka yang berada di zon kuning dan zon hijau.

Bagi mempercepatkan program vaksin, Khairy mengatakan kerajaan merancang untuk menubuhkan lebih banyak pusat vaksin yang mempunyai kapasiti seperti yang ada di PWTC – yang dapat menampung lebih dari 2,000 temu janji dalam sehari.

Bercakap mengenai pelancaran AstraZeneca hari ini, dia berkata pada tengah hari, 682 orang telah diberi vaksin di PWTC, 449 di Universiti Malaya dan 493 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terdapat 2,468 temu janji vaksin di PWTC, 996 di UM dan 928 di UKM hari ini.

Untuk rekod, kerajaan bercadang untuk memperluaskan program opt-in vaksin AstraZeneca ke seluruh negara terutamanya kawasan yang berada di zon merah.

Kos tinggi punca kerajaan negeri tidak rancang beli vaksin untuk rakyat Kelantan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kos Tinggi Punca Kerajaan Negeri Tidak Rancang Beli Vaksin Untuk Rakyat Kelantan

Simpati Kerap Jalani ‘Swab Test’, Zed Zaidi Cadang Artis Diberi Vaksin Lebih Awal

Perkongsian KJ Tentang ‘Side Effect’ Vaksin Dari China Selepas Disuntik Buat Netizen Terhibur