Beberapa hari lalu tular berita Genting Highlands akan mengutip tol daripada pengunjung. Berita itu menjadi bualan ramai apabila ada gambar dan video dikongsikan secara meluas di media sosial.

Tidak lama kemudian, berita itu disahkan oleh jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd, syarikat terbabit yang akan mengendalikan tol tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun perancangan pembinaan plaza tol itu tidak diketahui oleh kerajaan negeri Pahang, lapor New Straits Times.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Leong Yu Man berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan semasa mesyuarat exco negeri.

Sumber Gambar: Facebook Vincen Chow

“Belum ada apa-apa yang rasmi mengenai laporan berita itu. Kami (kerajaan negeri) tidak pernah membincangkan cadangan tol.

“Saya sedang mengumpul butiran lanjut mengenai perkara itu. Biar saya mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dahulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata beliau tidak pasti mengenai laporan itu dan sedang mendapatkan pengesahan.

Terdahulu, satu laporan telah mendapat pengesahan kesahihan berita pembinaan plaza tol di Genting Highlands itu daripada jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd, pihak yang akan mengendalikannya.

Namun jurucakap itu tidak dapat mengesahkan bila dan kadar tol yang akan dikenakan kerana lebih banyak perbincangan perlu diadakan sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Menurut beliau, kadar tol akan mengambil kira kos dan kerja-kerja penyelenggaraan untuk jalan berkenaan.

Terang beliau lagi, Genting Malaysia Bhd menyelenggara jalan di tanah tinggi itu sejak membinanya pada pertengahan 1960-an.

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk menyelenggara cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, menyelenggara sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan,” kata jurucakap syarikat tersebut.