Pelbagai usaha sudah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan LGBT untuk kembali ke pangkal jalan termasuklah pengenalan aplikasi dalam talian berbentuk e-book, ‘Hijrah Diri-Homoseksualiti’.
Aplikasi ini mula diperkenal pada tahun 2016 dan mula diperkemas dan dipertingkat perisian aplikasi tersebut dari semasa ke semasa sehingga kini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa kandungan aplikasi ini seperti perkongsian ayat Al-Quran untuk rujukan, artikel dan saluran untuk berinteraksi secara langsung kepada pihak Yayasan Ihtimam untuk sebarang pertanyaan.
Selain itu perkongsian bahan bacaan seperti tips dalam bentuk point yang ringkas tapi padat juga dipercayai dapat membantu memandangkan generasi kini kurang gemar meluangkan masa untuk membaca. Diharapkan dengan adanya platform sebegini dapat membantu membimbing golongan berkenaan kembali kepada fitrah asal.