Kerajaan pada hari ini telah mengumumkan berita gembira buat peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat mahasiswa golongan M40 kategori M1 dengan menaikkan kadar pinjaman daripada 75 peratus kepada 100 peratus.

Difahamkan, keputusan yang baru diumumkan ini telah dimuktamadkan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa golongan M40 kategori M1.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kalau dulu pinjaman PTPTN kepada mahasiswa M40 kategori M1 hanyalah 75 peratus sahaja. Saya ingin mengumumkan pinjaman M40 (kategori) M1 dinaikkan kepada 100 peratus.

“Seterusnya adalah untuk laptop, kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN golongan M40.” ucap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri turut mengumumkan kemudahan pinjaman komputer tiba kepada peminjam PTPTN daripada golongan M40. Kerajaan juga bersetuju memperluas Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan diadakan di setiap universiti selepas mahasiswa dijadualkan menjalani semester baharu, bulan hadapan.

Sumber: e-central

Berikut dikongsikan pengelasan isi rumah yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020 sebagai rujukan para mahasiswa dan orang ramai. Pengumuman yang dibuat sekaligus membolehkan keluarga mahasiswa yang mempunyai had pendapatan di bawah RM5,880 memohon PTPTN bagi mendapatkan kadar pinjaman sehingga 100 peratus.