Sekarang ini, pelbagai cara dan taktik yang dilakukan oleh scammer untuk menipu orang awam demi mengaut keuntungan.

Ada scammer yang menyamar sebagai pembeli wang lama kemudian follow mangsa dalam akaun laman sosial seperti Instagram konon ingin membeli duit-duit lama yang mangsa ada.

Ada juga sesetengah dari mereka yang beroperasi dengan membuat panggilan kemudian memberitahu bahawa mereka adalah pihak berkuasa lalu meminta mangsa untuk ‘transfer’ duit demi mengelak diri daripada didakwa atau disaman, kononnya semua ini adalah atas perintah mahkamah.

Namun begitu, berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang mana scammer itu sendiri tidak jadi untuk menipu dirinya gara-gara beliau berbangsa India.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter miliknya, Sathish Sarma telah menceritakan bagaimana seorang scammer tidak menjadi memilihnya menjadi mangsa gara-gara beliau seorang India.

Dalam perkongsian itu, Sathis berkata bahawa dia telah mendapat sebuah panggilan melalui telefon rumahnya. Beliau kemudiannya diberitahu bahawa panggilan tersebut di atas perintah mahkamah, Sathish yang dalam keadaan terkejut terus menanyakan kesahihan perintah itu.

Namun, setelah scammer tersebut mendapati bahawa beliau adalah seorang India, mungkin berdasarkan cara percakapannya, scammer itu tidak jadi untuk meneruskan niat buruknya itu bahkan telah memaklumkan bahawa mereka hanya mengenakan kaum Melayu serta Cina, dan bukan India.

Beliau memilih untuk mengambil perkara itu terlalu serius sempat berjenaka dengan dengan meminta orang ramai untuk mengaku diri mereka sebagai India demi mengelak daripada menjadi mangsa scam.

Menerusi bebenang yang ditulisnya, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan mana-mana panggilan yang meragukan dan supaya tidak memberikan maklumat peribadi diri kepada sesiapa.

Susulan dari tularnya tweet berkenaan, rata-rata netizen terhibur dengan kenyataan bahawa scammer tidak mengganggu orang India.

https://twitter.com/LissaLaila/status/1197429809548148736

Ada juga netizen yang membuat andaian bahawa orang India tidak menjadi sasaran scammer kerana mereka tidak mempunyai duit. Tetapi respon Sathish sangat bersahaja dan tidak lokek melayan netizen tersebut.

Namun terdapat juga beberapa netizen yang berkata scammer tidak cuba menganiaya orang India kerana mereka terdiri dari kaum yang sama.

https://twitter.com/ExTTTC/status/1197109389221482496

Perkara ini tidak sepatutnya diperkatakan kerana selain bersifat serkap jarang dan prejudis terhadap sesuatu kaum. Selain itu, tweets sebegini dilihat terlalu bersifat perkauman.

Diharapkan dengan perkongsian ini, orang ramai tidak lagi mudah tertipu dengan modus operandi sebegini. Jika anda mendapat panggilan yang meragukan, terus letak panggilan tersebut demi menggelakkan diri daripada ditipu.

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan pihak berkuasa menyerbu markas sindiket penipuan atas talian di Cyberjaya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sanggup Terjun Bangunan, Imigresen Serbu Markas Sindiket ‘Online Scam’ Terbesar Di Cyberjaya

Ketahui Jenis-jenis ‘Scam’ Yang Wujud Dan Rakyat Malaysia Percaya

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer