Dua orang pereka fesyen Datuk Seri Vida telah diserang oleh seorang jurugambar. Difahamkan ianya kerana isu hutang.
Salah seorang daripada pereka fesyen itu bernama Razman dan Razmi telah bengkak mukanya dipukul oleh jurugambar tersebut yang kemudiannya ditangkap oleh polis.
Kejadian berlaku di sebuah hotel di Petaling Jaya. Polis mengesahkan suspek telah ditahan dan kamera yang dipercayai telah digunakan sebagai senjata serangan telah dirampas.
Suspek direman selama lima hari untuk siasatan. Polis tidak menolak motif serangan adalah kerana masalah peribadi antara suspek dan mangsa.
Polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. Suspek akan didakwa pada Jumaat ini.
Razmi mengakui bahawa dia dan rakannya mengenali suspek. Dan mengesahkan bahawa, hutang berjumlah kira kira RM20,000 telah menjadi punca suspek menyerang mereka.
Dipetik daripada laman Oh Bulan, Razmi berkata: “Semua ingat kami berhutang dengan dia. Sebelum PKP, saya ada jual kereta lama saya pada dia dan setuju untuk bagi dia bayar secara ansuran dan bila dah habis bayar baru saya hand over kereta tersebut.
“Tapi selepas beberapa minggu pakai, dia rosakkan kereta dan tinggal kereta dia tepi jalan, tak cakap apa dan nak balik duit yang dia dah bayar. Razmi kemudiannya memulangkan semula wang pembelian kereta kepada jurugambar tersebut secara ansuran.”
Razmi mendedahkan bahawa kesan PKP, mereka kekurangan sumber pendapatan dan berjanji untuk memulangkan wang tersebut secara ansuran. Dan suspek pun setuju.
Malang tidak berbau, kerana selepas itu Razman pula mengalami serangan jantung. Namun mereka berdua tetap membayar ansuran itu seperti biasa.
Razmi menyatakan dia dan Razman tidak pernah berkasar atau menipu orang lain. Dan mereka sentiasa berpegang kepada prinsip, hutang wajib dibayar.
Datuk Seri Vida mengakui terkejut apabila menyaksikan insiden pereka fesyen duo, Razman Razmi dipukul seorang jurugambar lelaki ketika hadir di acara anugerah majalah terkenal di Petaling Jaya pada Rabu.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berkata, dua pereka fesyen… pic.twitter.com/m0ZwmXXs2J
— SinarHarian (@SinarOnline) January 9, 2025
“Saya pun bagi duit pada dia macam biasa dan tiga minggu lepas pun saya bayar lagi sikit pada dia. Dan saya cakap pada dia yang bulan ini saya akan bayar dan ‘settle’kan semua hutang,” tambah Razmi lagi
Razmi menegaskan bahawa, jurugambar tersebut memang seorang suka mengaibkan dia dan Razman setiap kali ada majlis. Dia juga selalu menengking dan mengugut mereka di depan orang ramai.
Akhir sekali dia berkata: “Semalam, selepas siapkan Datuk Seri Vida tiba-tiba Razman kena pukul dan saya pun sekali kena pukul di muka. Kalau Razman terkena serangan jantung dan mati macam mana?
“Janganlah buat wajah orang macam ini, susahkan orang nak mencari rezeki, tak baik macam itu.”
Ada lanjutan penjelasan dari pihak Razmi pic.twitter.com/malmjIoq70
— ALAN KENA SABAR (@IniAlalalannn) January 9, 2025