Nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan teknologi yang ada pada model Vaporfly keluaran Nike. Model hebat daripada Nike ini sudah pun membantu pelari seperti Eliud Kipchoge memecahkan banyak rekod dalam acara maraton dan larian.
Namun, badan yang menyelia acara larian di seluruh dunia World Atletics (IAAF) melihat kasut Nike Vaporfly ini patut diharamkan kerana memberi kelebihan yang tidak adil kepada sesiapa yang memakainya.
Ini bermakna, model Vaporfly Next% yang dipakai oleh pelari Eliud Kipchoge yang berada di pasaran pada ketika ini masih boleh dipakai oleh pelari dalam acara maraton. Namun, model terbaharu hasil kerjasama Nike dan Eliud mungkin tidak akan lulus untuk mana-mana acara larian yang akan datang.
Madness that the @Nike Vaporfly & Next% are to be reportedly banned.
This doesn’t scream cheating or unfair advantage to me.
It screams innovation & a competitive edge.
Will they ban the other shoes with Carbon Fibre plates?
All similar companies are chasing the same goal. pic.twitter.com/SB7Ml5kRe7
— Anthony Judge (@Ant_Judge) January 15, 2020
Namun, perkara berkenaan turut ditentang oleh pelari yang sudah selesa memakai model berkenaan ketika menyertai maraton. Setakat ini, Nike tidak melanggar apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh badan tersebut.
Model Nike Vaporfly ini sudah mencetus kontroversi sejak 2017 lagi, di mana menurut Nike model Vaporfly 4% ini membolehkan pelari menjimatkan tenaga hampir 4% berbanding kasut lain yang berada di pasaran. Bukan itu sahaja, kasut ini turut mempunyai plat karbon fiber yang akan memberikan lebih tenaga untuk setiap langkah ketika berlari.
Here's why World Athletics is considering banning Nike's Vaporfly running sneaker, which has helped elite runners shatter long-distance records pic.twitter.com/y5prjY4PGo
— Bloomberg Originals (@bbgoriginals) January 17, 2020
Disebabkan ia memberi advantage yang lebih kepada pelari, IAAF melihat pemakaian kasut ini sebagai ‘menipu’ kerana secara tidak langsung membantu pelari untuk menamatkan maraton dengan lebih mudah.
Apa kesan apabila kasut ini wujud di pasaran? Dilaporkan dalam satu acara larian di Jepun, hampir 84% pelari menyarung model Vaporfly Next% ini berbanding kasut daripada jenama yang lain. Ketika acara larian tersebut, hanya 7 pelari memakai model Asics berbanding 51 pelari tahun lalu.
Adakah keputusan ini dibuat kerana jenama lain tidak puas hati dengan keselesaan serta kehebatan Vaporfly Next%? Kemungkinan itu tetap ada.
Eliud Kipchoge menjadi pelari pertama yang menamatkan maraton dengan jarak 42km dengan masa bawah 2 jam sahaja dengan menyarung model Nike ini. Anda boleh baca tentangnya lagi di sini.
Eliud Kipchoge Cipta Sejarah Pelari Pertama Tamatkan Maraton Bawah Dua Jam
Nike ZoomX Vaporfly Disiasat Setelah Memecahkan Banyak Rekod Olahraga