Seringkali model kasut diambil sebagai inspirasi bagi menghasilkan model-model lain. Namun pada kali ini, model Nike Air Max 95 telah menjadi sumber inspirasi untuk menghasilkan sebuah keranda.

Keranda ini dihasilkan oleh oleh tukang pengukir keranda yang berasal dari Ghana Paa Joe’s. Keranda ini telah dipamerkan di pameran Mixed Pickles di Berlin, Jerman. Keranda ini menggunakan binaan daripada kayu, cat minyak dan fabrik tekstil.

Rekaan keranda ini mendapat pujian daripada pihak peminat kasut Nike Air Max 95 kerana rekaannya yang kemas dan unik. Selain daripada rekaan Air bubble, pengikat tali kasut AM 95 boleh ditemui pada penutup keranda ini.

Keranda Nike Air Max 95 ini dijual dengan harga $12,145 (RM 47 ribu). Sebuah harga yang premium bagi keranda buat Hypebeast diluar sana.

giant-air-max-95-coffin-paa-joe-2

giant-air-max-95-coffin-paa-joe-4

paa-joe-air-max-95-coffin-3