Neelofa sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan. Walau bagaimanapun, beliau sejak akhir-akhir ini kerap menjadi buah mulut netizen berikutan isu melanggar SOP COVID-19.
Bermula dengan majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada penghujung Mac lalu diikuti dengan kes rentas negeri ke Langkawi sehinggalah membeli karpet di Nilai 3. Malah, keluarga ini juga turut disiasiat kerana beraya dan berkumpul seluruh keluarga di sebuah rumah sempena Hari Raya.
Sehubungan dengan itu, sebuah petition #PenjarakanNeelofa telah dilancarkan dua hari lalu dalam menyeru undang-undang yang lebih tegas diambil buat selebriti ini.
Siapa sangka, petition yang dilancarkan secara atas talian ini berjaya meraih lebih 57,000 tandatangan setakat artikel ditulis. Jumlah ini dilihat terus meningkat dengan pantas sejak mulai petition ini dilancarkan.
Untuk pengetahuan, Neelofa bersama pasangannya PU Riz telah mengaku tidak bersalah langgar SOP di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu sekaligus membuatkan orang ramai mengulas mengenai tindakan mereka selepas didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Ketahui lebih lanjut tindakan artis mengaku tidak bersalah di mahkamah daripada perspektif peguam ini.
Sudah Ada Bukti Video, Peguam Ini Jelaskan Sebab Artis Mengaku ‘Tidak Bersalah’ Di Mahkamah