Tular satu klip video dashcam menunjukkan sebuah kereta mewah BMW memotong garisan berkembar secara berbahaya dan boleh mengundang kemalangan.
Menerusi video dimuat naik semula akaun X.com @update11111, sebuah BMW itu ‘tak lepas’ untuk memotong dua kenderaan lain di hadapannya.
Baca Juga:
- Pemandu ‘Kantoi’ 7 Tahun Bawa BMW X6 Tanpa Cukai Jalan
- Bapa Mahu Jual Kereta BMW Kesayangan RM18,000 Demi Tampung Rawatan Kanser Anak
- Ameera Khan Terima Hadiah Kereta BMW i7, Netizen Terkejut Harga Cecah Lebih RM700,000
BMW itu menyalakan lampu high beam beberapa kali dari jauh untuk memberikan laluan kepadanya.
Hampir kemalangan kalau tak elak JKA 77 ni.#Pdrm#Jpj pic.twitter.com/YaVoQZY2ah
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) May 19, 2024
Kenderaan pemilik klip video dashcam itu segera mengelak ke kiri jalan untuk mengelakkan pertembungan.
Perkongsian video itu mendapat kecaman netizen yang berang dengan tindakan pemandu BMW terbabit.
Orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu BMW, memandangkan bukti video dashcam jelas menunjukkan kereta mewah itu terang-terang bersalah.
Singapore ada undang2 effective diorg terus gantung lesen so kalau org bodoh mcm ni just gantung lesen.. Kna tgkap lagi memandu tanpa lesen jail 3 month, kali kedua 6 month kali ke 3 , 1 tahun
— NiHaa Iwan (@IWANJELA) May 19, 2024
Patut kerajaan buat saman ikut harga kenderaan semasa. Bagi terus 2% setiap saman. Kata harga kereta tu 500k, sekali saman 2% kena dah 10k. Haaa kan adil tu. Kerajaan jugak untung. Boleh beli aset pdrm tiap tahun.
— Azree Saiful (@AzreeSaiful1) May 19, 2024
Pada masa sama netizen mahu pihak kerajaan membuat undang-undang baharu di mana kadar saman ditentukan melalui nilai harga kereta.
Semakin tinggi harga kereta, semakin mahal nilai saman yang perlu dibayar.
Netizen juga meminta pemilik video dashcam untuk menghantar aduan dan bukti terus ke e-Aduan JPJ supaya tindakan lanjut dapat dikenakan.