Pelbagai koleksi kereta import mewah dan jam tangan berjenama dirampas, serta seorang ‘Datuk’ antara yang ditahan ekoran didakwa menjalankan sindiket penipuan pelaburan Forex GCG Asia.

Memetik laporan Berita Harian, pihak polis telah menahan 10 individu dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara, Perak, Selangor, Melaka dan Johor, pada Sabtu lalu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dalang utama berusia 40 tahun dan mempunyai kelulusan ijazah sarjana pentadbiran perniagaan, manakala sembilan suspek lain termasuk seorang wanita berusia antara 29 hingga 64 tahun.

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM126.9 juta. Siasatan mendapati dalang itu bergelar Datuk, namun menggunakan gelaran Datuk Seri untuk menjalankan operasi sindiket itu.

“Kita juga sedang mendapatkan pengesahan sama ada suspek pernah berkhidmat sebagai anggota polis, susulan rampasan kad persatuan berkenaan.

“Siasatan lanjut juga mendapati mereka yang ditahan berperanan broker, agen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.

“Sindiket yang aktif sejak 2018 menyasar warga tempatan dan mempromosi pelaburan itu dengan kadar pulangan secara mingguan di antara 12 hingga 14 peratus dari jumlah modal dilaburkan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din pada sidang media di Menara KPJ, hari ini.

Setiap pelabur akan diberi pautan web pelaburan bersama kata laluan untuk melihat jumlah keuntungan diterima setelah mendaftar masuk laman web berkenaan. Bagaimanapun, keuntungan yang dijanjikan kepada setiap pelabur tidak dapat dipindah atau ditunaikan.

Sumber Gambar: Bernama.com
Sumber Gambar: Bernama.com

Tambah beliau lagi, sembilan kereta mewah membabitkan dua Toyota Vellfire dan masing-masing sebuah Mercedes-Benz C200, Lamborghini Urus Mansory Venatus, Porsche Taycan 4S, BMW X3, Toyota Aplhard, Volkswagen Jetta dan Bentley Continental dengan nilai keseluruhan RM4.6 juta telah dirampas.

Pihak polis juga turut merampas 64 jam tangan pelbagai jenama bernilai RM98.9 juta, lima jongkong emas seberat lima kilogram (kg) (RM1.45 juta), satu kad persatuan bekas polis, mata wang kripto berjumlah RM21.4 juta serta wang tunai berjumlah RM100,800.

Sumber Gambar: Bernama.com

Setiap pelabur akan diberi pautan web pelaburan bersama kata laluan untuk melihat jumlah keuntungan diterima setelah mendaftar masuk laman web berkenaan. Bagaimanapun, keuntungan yang dijanjikan kepada para pelabur tidak dapat dipindah atau ditunaikan.

“Sindiket seterusnya memutuskan hubungan komunikasi dengan pelabur setelah mendapat jumlah pelaburan besar dan memberhentikan operasi skim pelaburan secara tiba-tiba.

“Pelabur yang tidak berpuas hati akan merasa diperdaya kerana tidak mendapat pulangan keuntungan dijanjikan. Setakat ini, 23 kes sedang disiasat berkaitan kegiatan ini membabitkan kerugian RM2.94 juta.

“Kerugian paling besar untuk satu kes ialah RM748,000 manakala modal untuk masuk pelaburan itu minimum 100 dolar Amerika Syarikat (AS) atau RM420,” kata beliau lagi.

Sembilan suspek direman hingga hari ini, manakala reman lagi seorang telah tamat semalam. Tempoh reman mereka dijangka akan bersambung. Empat suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan penipuan sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 serta Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, petik Berita Harian.

Seorang Datuk ditahan pada tahun lalu ekoran menjadi dalang untuk satu sindiket kartel projek kerajaan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Ditahan, ‘Aset’ Bernilai RM148.2 Juta Disita

Pasangan Kekasih Pakai BMW Hasil ‘Untung’ Jualan Biskut Dan Kek Ganja Dicekup