Sebagai pemandu, ada kalanya kita terlupa membuka lampu ketika memandu pada waktu malam. Salah satu sebabnya keadaan sekeliling yang cerah dilimpahi cahaya lampu jalan sehingga beranggapan kita sudah membuka lampu kenderaan.

Baru-baru ini akaun TikTok @driving4dummies berkongsi cara mudah untuk alert atau memberitahu kenderaan di hadapan kita sekiranya pemandunya terlupa membuka lampu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

@driving4dummies

Kadang2 kita tak perasan untuk pasang lampu. Jom kita belajar cara nak tegur orang supaya dia pasang lampu dia! #roadsafety #malaysiandrivers #ethics #roadeducation

♬ Aesthetic – Tollan Kim

Pada awal video berkenaan kenderaan belakang mengekal jarak selamat dengan kereta hadapannya. Kemudian, pemandu kereta belakang mengelipkan lampu high beam sebanyak dua kali.

Setelah itu pemandu kereta belakang menutup lampu beberapa saat sebelum membukanya semula sebagai ‘mesej’ kepada pemandu hadapan bahawa dia terlupa membuka lampu keretanya.

Menurut TikTok @driving4dummies lagi, sekiranya pemandu hadapan masih tidak perasan ‘mesej’ tersebut, bolehlah cuba ulangi sekali lagi langkah sama yang dibuat sebelum ini.

Perkongsian ringkas itu telah mendapat hampir 200,000 jumlah tontonan dan pelbagai komen daripada netizen.

Ramai yang mengakui kadang-kala mereka terlupa buka lampu semasa memandu dan hanya sedar setelah sampai ke destinasi.

Semoga tips mudah ini dapat membantu orang ramai bertindak sekira mendapati kereta hadapan terlupa buka lampu atau kita sendiri mendapat ‘mesej’ daripada kereta belakang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.