Bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, banyak aset-aset ketenteraan negara mula kelihatan di jalanan untuk menghadiri raptai perarakan yang bermula pada hari ini, 26 Ogos sehingga 30 Ogos nanti.

Ada sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia dilapor rosak di Jalan Damansara, di susur Carcosa ke KL Sentral, kira-kira 10.30 pagi tadi, petik ciapan Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kira-kira 20 minit kemudian, Renjer 01, 02, 05 dan 06 sampai di lokasi untuk mengawal lalu lintas yang sesak untuk memudahkan proses mengalih kereta kebal dan menyuraikan aliran trafik di jalan utama itu bagi mengelak kesulitan orang awam.

Menurut ciapan @luxentX, kereta kebal itu merupakan model ‘PT-91M Pendekar’ buatan Poland yang mempunyai berat 48.5 tan.

Pada pukul 11.21 pagi, KLCCC mengemaskini ciapan memaklumkan kereta kebal telah berjaya ditunda ke tempat selamat dan trafik berjalan seperti sedia kala. Bagaimanapun, punca kereta kebal gagal berfungsi tidak dinyatakan.

Untuk makluman, terdapat 18 jalan utama di sekitar pusat bandaraya akan ditutup dari jam 6 pagi hingga 12 tengahari pada 26 hingga 29 Ogos dan 31 Ogos 2022 bagi menjayakan perarakan di Dataran Merdeka pada hujung bulan ini.

Anda boleh lihat senarai jalan-jalan utama yang ditutup bermula hari ini sehingga 31 Ogos pada pautan bawah di bawah.

Senarai Jalan-Jalan Utama Sekitar Kuala Lumpur Ditutup Untuk Perarakan Hari Kemerdekaan 2022

Pemuda PAS Beri Amaran, Batalkan Semua Konsert Atau Kami Akan Turun Protes

Media Prima Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM15.82 Juta Pada Suku Tahunan Kedua 2022