Bagi yang pernah tonton filem The Italian Job pasti kenal dengan kereta ini. Inilah model asal Mini Cooper, dibuat di England dan model dua pintu ini dihasilkan hingga tahun 2000. Kereta Mini Cooper ini kemudiaannya diberi nafas baru oleh BMW, yang membeli syarikat kereta England itu sejak tahun 1994.

Kereta Mini Cooper sebelum zaman BMW kini adalah sangat rare. Ini adalah Mini Cooper S tahun 1963. Yang membuatkan kereta ini lebih rare adalah kereta ini pernah dipandu pemandu lumba perempuan, Maria Graca Moura Relvas di tahun 1964-1965. Maria berlumba pada tahun 1965 untuk ‘Grande Rally Benfica’ dan membuat pelumba lain terkesima apabila beliau memenangi perlumbaan tersebut.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Kereta ini dijaga rapi dan kini untuk dijual pada harga 55,000 euro (lebih kurang RM252,000). Tiada modifikasi dibuat pada kereta ini dan ianya dibiarkan original seperti mana ketika Maria berlumba. Jadi jika anda rasa kereta ini diluar bajet anda, boleh cuba pandu Perodua Kelisa. Awesome juga.

1963-mini-cooper-s-02

1963-mini-cooper-s-03

1963-mini-cooper-s-04

1963-mini-cooper-s-05

1963-mini-cooper-s-06

Sumber